Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023
13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)
189) PENGEMBANGAN SEKTOR PERTANIAN
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah insentif yang ditawar oleh Kerajaan Negeri bagi menggalakkan belia DUN Hulu Bernam untuk menceburi bidang pertanian?
Kerajaan Negeri melaksanakan pelbagai insentif bagi menggalakkan dan meningkatkan hasil pekebun kecil serta belia melalui peruntukan yang disalurkan kepada Jabatan Pertanian Selangor. Sebanyak 4 program yang bersesuaian dengan pembangunan pertanian dalam Rancangan Malaysia Ke 12 (RMK 12) Kerajaan Negeri di mana sebanyak RM 292,052.00 telah diperuntukkan untuk program di daerah Hulu Selangor.
Perincian peruntukan bagi sektor tanaman makanan adalah seperti berikut:
Kerajaan Negeri juga turut memperuntukkan insentif sebanyak RM8 juta sepanjang RMK 12 untuk pekebun kecil dan bantuan ini disalurkan melalui UPEN melalui Pakej Program Bantuan Agro Prihatin dibawah Jawatankuasa Tetap Pertanian Negeri bagi tujuan bantuan pemindahan teknologi, peralatan serta input pertanian kepada petani terlibat.
-
Senaraikan program-program latihan untuk menggalakkan belia menceburi sektor pertanian secara komersial.
Kerajaan Negeri juga menyediakan peluang latihan meliputi pakej dan teknologi tanaman dan industri asas tani kepada belia dan usahawan bagi meningkatkan pengetahuan dalam teknologi pertanian secara komersial. Program latihan ditawarkan secara percuma serta terdapat kemudahan asrama dan bilik kuliah yang selesa.
Program-program latihan untuk menggalakkan belia menceburi sektor pertanian secara komersial bagi tahun 2023 adalah seperti berikut:
Jadual Latihan Pertanian Komersial Di Pusat Latihan Pertanian Kalumpang
-
Nyatakan jumlah penglibatan bumiputera sehingga kini dalam sektorpertanian di DUN Hulu Bernam.
Jumlah penglibatan bumputera sehingga kini dalam sektor pertanian di DUN Hulu Bernam adalah seperti berikut: