Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024

411) PENGEMBALIAN SEMULA BAN JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN YANG TELAH DINAIK TARAF MENJADI LALUAN DENGAN TURAPAN TAR DEMI MENGATASI MASALAH PENYELENGGARAN MENGHADAPI AIR PASANG BESAR

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Zamri Bin Mohd Zainuldin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Terdapat beberapa ban JPS di Sungai Burong yang telah dinaik taraf menjadi laluan dengan turapan tar. Bolehkah ia dikembalikan semula kepada ban JPS kerana ia telah pun dinaiki air pada kejadian air pasang besar baru-baru ini untuk tujuan penyelenggaraan?

    Untuk makluman Yang Berhormat, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dalam perancangan untuk mengadakan mesyuarat penyelarasan bersama agensi yang terlibat seperti Jabatan Kerja Raya (JKR), Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) dan Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Selangor (PDTKS) bagi mendapatkan maklum balas sama ada terdapat perancangan untuk menaiktaraf ban-ban sungai yang telah dinaiktaraf kepada jalan berturap dan perancangan untuk mengembalikan semula ban tersebut kepada JPS untuk tujuan penyelenggaraan akibat kejadian air pasang besar yang telah menjejaskan struktur ban tersebut.

Lampiran

Tiada Lampiran.