Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008
20 Oktober hingga 24 Oktober 2008 dan 28 Oktober hingga 29 Oktober 2008
32) PENGELUARAN SURATAN HAK MILIK TANAH DI KAMPUNG BARU, BROGA
Tahun: 2008
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapa lamakah jangkamasa yang diambil oleh Pejabat Tanah untuk pengeluaran suratan hak milik sementara sesuatu tanah yang diberi milik oleh Kerajaan Negeri dari tarikh pembayaran premium dan bayaran ukuran disempurnakan
Jangka masa yang diambil oleh Pejabat Tanah untuk pengeluaran suratan hakmilik
sementara adalah dalam lingkungan 4-5 bulan. -
Apakah status surat hak milik sementara tanah di Kampung Baru, Broga dan bilakah suratan hak milik tanah tersebut dikeluarkan
Bagi permohonan di Kampung Baru Broga, bayaran premium dan ukur mula diterima
pada 13.9.2001 dan bayaran terakhir diterima pada 4.10.2005. Disebabkan permohonan
ini adalah secara berkelompok, Pejabat Daerah / Tanah Hulu Langat perlu memastikan
semua pemohon telah menjelaskan bayaran premium bagi membolehkan hakmilik
diproses.
Walau bagaimanapun, sejumlah 42 lot daripada 201 lot telah dikeluarkan hakmilik
sementara. Daripada baki 159 lot sejumlah 153 telah menjelaskan bayaran premium dan
sedang diproses untuk pengeluaran hakmilik.
Satu perjumpaan telah diadakan pada 9 Mei 2008 di antara Ketua Penolong Pegawai
Daerah (Tanah) dengan Ahli Parlimen Hulu Langat, ketua kampung dan wakil penduduk
di Pejabat Daerah Hulu Langat dan semua pihak telah bersetuju supaya hakmilik tetap
dikeluarkan dan bukan hakmilik sementara. Penyediaan suratan hakmilik tetap sedang
dalam proses P.U dan dihantar ke JUPEM pada 8 Ogos 2008. Dijangkakan hakmilik tetap
akan dapat dikeluarkan sebaik sahaja Pelan Akui diterima dari JUPEM