Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)
64) PENGELUARAN STRATA BAGI RUMAH PANGSA KOS RENDAH PJS 7/15
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sila nyatakan status pengeluaran strata bagi Rumah Pangsa Kos Rendah PJS 7/15.
Untuk makluman Yang Berhormat, maklumat bagi rumah pangsa tersebut adalah seperti berikut:
Hakmilik : PN 119043 Lot 86707 Bandar Sunway Daerah : Petaling Status : i. Tarikh terima Permohonan Pecah Bahagi Bangunan dan Permohonan Meminda Syarat Nyata untuk skim ini pada 26 April 2021. ii. Permohonan Meminda Syarat Nyata telah mendapat kelulusan YAB Dato’ Menteri Besar pada 20 September 2021.
iii. Notis 7G telah dikeluarkan kepada pihak pemaju untuk tujuan bayaran premium tambahan pada 27 Oktober 2021 dan premium tersebut telah dijelaskan pada 17 November 2021.
iv. Sehubungan dengan itu, Pentadbiran ini telah mengemukakan permohonan kepada Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) bagi tujuan pengeluaran Pelan Akui Bangunan – PA(B) pada 19 Februari 2022.