Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

212) PENGELUARAN PERTANIAN

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Jefri Bin Mejan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah pengeluaran (output) pertanian Negeri Selangor mengikut kategori pengeluaran?

    Pengeluaran pertanian Negeri Selangor bagi tahun 2023 mengikut kategori adalah seperti berikut:

     

    1. Sayur-sayuran : 35,410 mt
    2. Buah-buahan : 60,603 mt
    3. Padi : 153,519 mt
    4. Kelapa : 111,892 mt
    5. Kontan : 10,060 mt
  2. Adakah pengeluaran tersebut dapat memenuhi keperluan rakyat Negeri Selangor?

    Pengeluaran pertanian Negeri Selangor masih tidak mencukupi bagi kegunaan rakyat Selangor. Walau bagaimanapun, hasil pertanian daripada negeri-negeri berhampiran menyumbang kepada bekalan makanan Negeri Selangor. Dalam masa yang sama, Kerajaan Negeri sedang giat memperkasakan program-program peningkatan produktiviti bagi memenuhi keperluan bekalan tersebut.

  3. Sejauh manakah keberkesanan pengurusan pengeluaran pertanian dari segi pemasaran dan berapakan nilai ekspot pertanian Negeri Selangor?

    Keberkesanan pengurusan pengeluaran pertanian dari segi pemasaran yang dilaksanakan adalah melalui Program Ladang Kontrak. Program Ladang Kontrak ini dapat membantu petani melalui khidmat nasihat, jaminan pasaran dengan membuat belian terus dan pengaturan pasaran di outlet-outlet FAMA.

    Faedah menyertai Program Ladang Kontrak ialah :

    Petani:

    • Petani mendapat jaminan pasaran dan meningkatkan pendapatan ke atas produk yang dikeluarkan.
    • Jaminan bantuan khidmat nasihat teknikal dan pengurusan ladang yang lebih sistematik daripada jabatan dan agensi.
    • Jaminan kemudahan kredit input kepada ahli Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK).
    • Menikmati peluang kursus dan latihan untuk meningkatkan motivasi serta pengetahuan dalam bidang pertanian.

     ​​​​​​​Pembeli:

    • ​​​​​​​Mendapat bekalan yang berkualiti dan berterusan pada masa yang diperlukan mengikut spesifikasi pasaran

    Selain itu, ruang pemasaran produk hasil pertanian ini juga boleh dipasarkan ke outlet-outlet peruncitan sedia ada seperti Pasar Tani, Pasar Tani Kekal, Agrobazaar Kedai Rakyat, Agrobazaar Rakyat, Program Jualan Agro Madani, Program Selangor Agro Market serta program-program dibawah jabatan dan agensi.

     

    Nilai eksport pertanian Negeri Selangor;

    Merujuk kepada maklumat di Jabatan Perangkaan, pengumpulan nilai eksport bagi pengeluaran pertanian adalah tidak mengikut negeri tetapi dirangkumkan secara keseluruhan daripada semua negeri-negeri di Malaysia. Bagi tahun 2023, nilai eksport bagi pengeluaran pertanian adalah sebanyak RM 38.26 bilion iaitu bermula bulan Januari hingga Oktober 2023.

Lampiran

Tiada Lampiran.