Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008
21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008
80) PENGELUARAN PASIR
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Beberapa tempat sepanjang Sungai Langat seperti berhampiran jambatan UKM dan berdekatan Seksyen Tiga Bandar Baru Bangi dan Bangi Lama berlaku pengeluaran pasir berterusan. Adakah pengeluar-pengeluar pasir ini berlesen
Pengusaha-pengusahapasir tersebut mempunyai permit yang dikeluarkan oleh
Pejabat Tanah Hulu Langat dan telah mendapat kebenaran khas daripada
Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Hulu Langat bagi kerja-kerja
membersihkan, menggali, mendalamkan dan membaiki semula tebing sungai
serta kerja-kerja mengeluarkan bahan batuan dan kelodak bagi mengelakkan
banjir musim tengkujuh. -
Jika bertujuan untuk memperbaiki sungai, mengapakah tumpuan mereka pada tempat yang sama banyak mempunyai pasir?
Permit yang dikeluarkan oleh Pejabat Tanah Hulu Langat adalah berdasarkan
kepada spesifikasi dan syarat-syarat teknikal yang ditetapkan oleh JPS. Lokasi
yang memerlukankerja-kerjapengorekantersebut dikenal pasti oleh pihak JPS -
Sejauh manakah pihak berkenaan membuat pemantauan terhadap pengeluar-pengeluar pasir berkenaan
Pejabat Tanah Hulu Langat akan memantau dari segi kuantiti pasir yang
diangkut I dikeluarkan dari kawasan tersebut dan memastikan kuantiti yang
dikeluarkan mengikut bayaran royalti yang dikenakan. Jika terdapat
ketidakakuran kepada syarat-syarat seperti yang tertera di dalam surat
kelulusan, PejabatTanah Hulu Langat berhak membatalkanpermit tersebut.