Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011
11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011
38) PENGELUARAN GERAN TANAH
Tahun: 2011
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Sejak kerajaan Pakatan memerintah Selangor, banyak permohonan tanah diluluskan. Berapakah jumlah permohonan tanah (bergeran) telah diluluskan?
Jumlah permohonan tanah (bergeran) yang telah diluluskan adalah seperti dalam jadual berikut :-
BIL YANG DILULUSKAN DAERAH 1. KLANG 51 2. SABAK BERNAM 1230 3. GOMBAK 2554 4. HULU SELANGOR 420 5. PETALING 596 6. HULU LANGAT 1550 7. KUALA SELANGOR 158 8. KUALA LANGAT 72 9. SEPANG 222 JUMLAH 6,853 BILANGAN PERMOHONAN
-
Daerah manakah paling banyak kelulusan diberikan?
Berdasarkan jadual tersebut, daerah yang paling banyak mendapat kelulusan adalah Daerah Gombak iaitu sebanyak 2554 permohonan.
-
Mengapakah premium tanah begitu tinggi dikenakan?
Kadar premium tanah adalah berdasarkan Kaedah Tanah Selangor di mana penilaian tanah dibuat oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta. Kadar premium tanah begitu tinggi disebabkan oleh pembangunan dan kemajuan sesuatu tempat yang sedang meningkat maju. Berdasarkan rujukan dari Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta, nilaian tanah akan berubah-ubah setiap enam (6) bulan. Nilaian tanah ditentukan oleh keadaan tapak, bentuk muka bumi, keadaan tanah, lokasi dan kawasan tanah tersebut berada.