Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011

72) PENGELUARAN DAGING LEMBU

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Merujuk Laporan Ketua Audit Negara Aktiviti Jabatan/Agensi dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Selangor Tahun 2009 berkenaan Jabatan Veterinar di muka surat 20-26: Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Jabatan untuk memenuhi objektif tahun 2009 yang tidak dicapai?

    1. Terdapat dua objektif tahun 2009 atau RMKe 9 yang ditegur oleh Ketua Audit Negara kerana tidak dicapai
      1. Transformasi Penternak Kepada Tahap Komersial Kurang

    Bagi menggalakkan transformasi penternak kepada tahap komersial, dalam  RMKe 10, pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar telah melaksanakan sebuah program baru iaitu Skim Pengganda Ruminan Selangor (SPERS). Skim ini ditawarkan kepada ladang-ladang ruminan (lembu pedaging, lembu tenusu, kambing dan bebiri) sedia ada dengan syarat utamanya mempunyai pengalaman dan kemampuan dari segi sumber terutamanya infrastruktur, makanan dan kewangan. Syarat-syarat ini perlu dikenakan kerana berdasarkan analisis pihak Jabatan dan Laporan Ketua Audit Negara yang menyebut:

    Sebab bilangan penternak tahap komersial tidak meningkat di Negeri Selangor adalah kawasan untuk ternakan secara komersial tidak mencukupi, kos makanan lembu meningkat dan tenaga kerja di ladang berkurangan

    Secara ringkasnya, SPERS bertujuan meningkatkan bilangan penternak bertaraf komersial di Negeri Selangor. Penternak semi-komersial yang menyertai SPERS ditawarkan membeli bibit lembu pedaging daripada kerajaan dengan harga istimewa. Dengan ini penternak semi-komersial yang menyertai skim ini akan secara langsung ditransformasi kepada komersial kerana definisi komersial ditakrifkan ”bilangan bibit yang dipelihara melebihi 100 ekor”. Penternak- penternak kecil yang lain juga akan menikmati faedah  dengan  menerima  bantuan lembu dara hasil pembiakan lembu skim ini. Sebuah perjanjian akan dimeterai yang mensyaratkan penternak berkenaan menjual semula kepada kerajaan lembu dara daripada bibit yang diagihkan.

    1. Pengeluaran Daging Lembu Tidak Mencapai Sasaran

    Dalam RMKe 10, pihak Jabatan telah meminda sasaran pengeluaran daging kepada sesuatu tahap yang munasabah iaitu mengekalkan 10% saradiri sementara 90% lagi diimport daripada negeri-negeri lain atau luar negara. Keputusan ini diambil berdasarkan analisis yang telah dibuat oleh Jabatan dan Laporan Ketua Audit Negara yang menyebut:

    Faktor yang menghalang pencapaian sasaran pengeluaran daging lembu itu adalah kerana sasaran yang dinyatakan dalam RMKe 9 itu telah ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia untuk JPV Negeri Selangor,  dan  adalah terlalu tinggi. Sasaran itu telah ditetapkan  sedemikian  rupa  bagi mencapai sasaran Program Balance of Trade (BOT) yang telah dilancarkan oleh Kementerian Pertanian pada RMKe 9. Walau bagaimanapun,  Program  BOT  telah ”dimansuhkan” oleh Menteri Pertanian pada 2008.

    Jabatan berpendapat, adalah mustahil untuk mencapai sasaran ini memandangkan Negeri Selangor merupakan sebuah negeri industri dan tidak mempunyai tanah yang luas untuk penternakan berbanding negeri-negeri seperti Sabah, Sarawak dan Pahang.

    Faktor yang menyebabkan sasaran Program tidak dapat dicapai sepenuhnya adalah tanah untuk ternakan lembu pedaging secara besar-besaran tidak mencukupi dan kekurangan kawasan ragut untuk lembu. Mengikut Pegawai Veterinar, seekor lembu memerlukan tanah seluas sekurang-kurangnya 1.5  hektar untuk mendapat makanan rumput segar sekurang-kurangnya 20 kilogram sehari.

    Selain daripada kekurangan kawasan ragut, penurunan peratus pencapaian sasaran tahunan juga disebabkan oleh peningkatan kos pengeluaran daging lembu. Harga bahan asas untuk membuat makanan lembu seperti  jagung,  kacang soya dan isirong kelapa sawit telah meningkat dengan ketara  antara tahun 2005 dan 2008 iaitu 61.5% hingga 294.2%.

    Kenaikan kos makanan lembu ini menyebabkan  penternak  tidak  mampu membeli bahan makanan tersebut. Seterusnya penternak tidak dapat mempertahankan ladang ternakan mereka.

    Perlu dimaklumkan bahawa untuk mengekalkan tahap sara diri  10% juga merupakan  satu cabaran kerana jumlah pengeluaran masih perlu meningkat dari tahun ke tahun   bagi menampung pertambahan bilangan penduduk. Bagi  mencapainya,  dalam  RMKe 10, pihak Jabatan telah melaksanakan beberapa program yang mampu membantu penternak mengekalkan daya saing seperti Program Pembiakan, Penternakan Breedlot dan Program Pemakanan Ternakan.

  2. Apakah langkah-langkah pemantauan pendapatan penternak yang telah dilakukan oleh Jabatan?

    1. Langkah-langkah pemantauan pendapatan penternak yang telah dilakukan oleh Jabatan adalah menerusi Program Pengembangan Veterinar. Berdasarkan  panduan  daripada Ibu Pejabat Perkhidmatan Veterinar Malaysia, pemantauan ini menekankan aspek teknikal dan produktiviti ladang seperti lawatan ke lapangan, program kawalan penyakit, tindakan intervensi dan analisis margin kasar. Analisis margin kasar mampu  menunjukkan samada sesuatu projek ternakan menguntungkan atau
  3. Apakah program-program Jabatan dalam membimbing penternak supaya mematuhi standard kualiti MS ISO 9001:2008?

    Pihak jabatan tidak mempunyai program khusus dalam membimbing penternak supaya mematuhi standard kualiti MS ISO 9001:2008. Walau bagaimanapun, Jabatan sudah mempunyai program kepastian kualiti yang lain iaitu Skim Amalan Ladang Ternakan (SALT). Jabatan juga mempunyai program khas untuk pengusaha-pengusaha dan loji- loji pemprosesan produk berasaskan haiwan iaitu Veterinary Health Mark (VHM) dan Good Health and Veterinary Practice (GHVP). Program-program ini  juga mirip kepada  MS ISO di mana terdapatnya

    Daripada sudut lain, Jabatan pula telah mematuhi standard kualiti MS ISO 9001:2008 dalam dua bidang kerja iaitu:

    • Pentadbiran dan Kewangan
    • Kesihatan Veterinar

    Pada tahun 2011, pihak Jabatan memberi fokus ke arah standard kualiti bidang kerja Regulatori pula. Standard kualiti kepada bidang kerja Pembangunan Industri Ternakan dibuat selepas itu kerana pihak Jabatan perlu terlebih dahulu memberi  tumpuan  piawaian kualiti ke atas bidang kerja yang melibatkan perundangan seperti Regulatori.

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.