Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022
94) PENGEKALAN ZON HUTAN EKOLOGI HIJAU PAYA BAKAU SEBANYAK 30% DARIPADA PELAN GUNA TANAH DI TELOK GONG
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah PDT Klang telah menyediakan kertas cadangan untuk dirujuk kepada mesyuarat MTES?
Merujuk kepada Mesyuarat khas yang diadakan pada 24 Mac 2022 yang dipengerusikan oleh Y.B Dato’ Setiausaha kerajaan Negeri Selangor telah memohon Pejabat Daerah/Tanah Klang untuk menyediakan kertas cadangan untuk dirujuk ke Mesyuarat MTES.
-
Apakah jaminan dan usaha MPK akan mengekalkan 30% Zon Hutan Ekologi Hijau di Telok Gong sekurang-kurangnya bagi tempoh 100 tahun demi kemaslahatan penduduk sekitar?
Jumlah peratusan zon gunatanah Rancangan Tempatan MPK 2035 di Telok Gong adalah seperti yang berikut:
Unjuran keluasan zon gunatanah ekologi di Telok Gong sehingga tahun 2035 adalah sebanyak 1823.5 ekar/ 36.6%. Antara jaminan dan usaha untuk mengekalkan zon ekologi ini, pihak Majlis akan mengekalkan zon perancangan Rancangan Tempatan MPK 2035. Selain daripada itu, penduduk juga perlu prihatin didalam perancangan pembangunan setempat dan perlu sama mengemukakan pandangan dan bantahan ke atas apa-apa cadangan yang tidak sesuai di dalam menjamin pengekalan lain-lain selain daripada zon industri.