Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

23 Ogos 2021 hingga 27 Ogos 2021, 30 Ogos 2021, 1 September 2021 hingga 3 September 2021 dan 6 September 2021

142) PENGECUALIAN FI LESEN PENJAJA

Tahun: 2021

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Harumaini Bin Haji Omar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Di waktu pandemik yang semakin sukar ini ramai rakyat terkesan khususnya golongan B40.

  2. Adakah Kerajaan Negeri bersedia untuk membantu rakyat dengan mengecualikan bayaran lesen fi penjaja kecil yang menjadi sumber pendapatan harian mereka?

    Kerajaan Negeri masih mengecualikan bayaran fi lesen bagi penjaja kecil di semua PBT ) Negeri Selangor dan pengecualian ini telah bermula dari tahun 2016.Bagi membantu penajaja kecil pada waktu pendemik ini Kerajaan Negeri juga telah mengecualikan sewa premis milik PBT bagi Jun dan Julai 2021.

Lampiran

Tiada Lampiran.