Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016
218) PENGECUALIAN BAYARAN LESEN PENIAGA KECIL DAN CUKAI TAKSIRAN
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Huraikan kerugian bagi setiap PBT apabila perkara ini dilaksanakan.
Secara keseluruhannya, pelaksanaan pengecualian bayaran lesen peniaga kecil dan cukai taksiran adalah berjumlah 13 Juta melibatkan 452,229 pegangan. Pecahan mengikut PBT adalah seperti jadual berikut:
PBT
PENGECUALIAN LESEN PENIAGA KECIL (RM)
PENGECUALIAN CUKAI TAKSIRAN (RM) MBSA 421,036.00 6,937,220.83 MBPJ 648,514.00 2,890,803.86 MPK 1,072,408.00 6,070,469.46 MPAJ 781,808.00 10,072,027.00 MPSJ 103,187.00 7,048,217.18 MPS 2,902,080.00 9,536,814.96 MPKJ 81,376.00 6,761,310.01 MPSP 142,075.00 988,961.79 MDKL 140,694.00 1,568,932.55 MDHS 227,521.40 3,284,788.88 MDKS 192,463.00 848,810.32 MDSB 491,161.00 922,337.87 PBT
PENGECUALIAN LESEN PENIAGA KECIL (RM)
PENGECUALIAN CUKAI TAKSIRAN (RM) JUMLAH 7,204,323.40 56,930,694.71 -
Nyatakan apakah langkah yang diambil bagi menampung kerugian tersebut
Pelaksanaan pengecualian bayaran lesen peniaga kecil dan cukai taksiran yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri pada tahun 2016 adalah bertujuan untuk membantu meringankan beban rakyat Negeri Selangor khususnya golongan berpendapatan rendah dan sederhana dalam menangani isu kos sara hidup yang tinggi. Pelaksanaan dasar ini pada tahun 2016 pada asasnya tidak menyebabkan apa-apa kerugian kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sebaliknya hanyalah kekurangan hasil yang kecil sahaja. Kerajaan Negeri amat prihatin terhadap permasalahan yang dihadapi oleh pihak PBT tersebut dan secara dasarnya bersetuju melaksanakan pembiayaan secara offset iaitu pembayaran semula kos pelaksanaan projek-projek yang dibenarkan di bawah skop Penyelenggaraan Jalan Negeri (MARRIS) yang telah dirancang di bawah Bajet PBT Tahun 2016. Salah satu contoh program yang akan mengguna pakai kaedah pembiayaan secara offset ini adalah pelaksanaan turapan semula jalan di kawasan Rumah Kos Rendah (RKR) yang didapati berstatus kritikal. Inisiatif pembiayaan secara offset ini dibuat supaya peruntukan kewangan yang dikembalikan kepada PBT tersebut dapat dimanfaatkan untuk program-program yang memberi faedah dan kebaikan kepada rakyat selari dengan peranan yang harus dimainkan oleh