Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011
11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011
188) PENGECILAN OPERASI KUMPULAN PKPS
Tahun: 2011
Sesi: 2
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Merujuk kepada Usul No. 15 Tahun 2010 berkenaan ÓKeputusan Mengecilkan Operasi Kumpulan PKPSÓ: Apakah tindakan yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri terhadap usul ini?
Pada awal tahun 2009, PKPS telah mengubah hala tujunya selaras dengan perubahan yang berlaku di peringkat Jemaah Ahli dan pengurusan atasan PKPS. Pengubahan hala tuju ini dibuat untuk menjadikan PKPS sebagai sebuah organisasi korporat yang berdaya maju dan kukuh dengan penumpuan yang lebih fokus kepada aktiviti-aktiviti projek-projek pertanian komersil.
Tindakan-tindakan yang telah diambil dalam pengecilan operasi Kumpulan PKPS adalah seperti berikut:
- Pengecilan Operasi di Ibu Pejabat PKPS
Operasi dikecilkan dengan menutup Bahagian Pemasaran dan Bahagian Ameniti Sosial PKPS.
Bahagian Pemasaran ditutup kerana tugas dan tanggungjawab pegawai dan kakitangan di Bahagian Pemasaran dan Operasi bertindih. Bagi menangani masalah ini, kedua-dua bahagian digabungkan di bawah Bahagian Operasi dan melapor terus kepada Timbalan Pengurus Besar Kumpulan (Pembangunan Perniagaan).
Bahagian Ameniti Sosial pula ditutup kerana program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) dipusatkan di bawah Pejabat Y.A.B. Dato’ Menteri Besar Selangor dan sumbangan PKPS dicarumkan terus ke pusat tersebut.
Sementara itu, Bahagian Perancangan Perniagaan dikecilkan daripada empat (4) orang kakitangan kepada dua (2) orang kakitangan. Dua (2) orang kakitangan tersebut telah ditempatkan di projek-projek PKPS.
Secara keseluruhannya, PKPS telah menutup dan mengecilkan sebahagian daripada operasi Bahagian-bahagian yang ada supaya pegawai dan kakitangan lebih efisien dalam menjalankan tugas disamping dapat mengurangkan kos.
- Pengecilan operasi Anak-anak Syarikat
Anak syarikat yang telah ditutup operasi ialah MAIS Food Industries Sdn. Bhd. berkuatkuasa pada 1 April 2009 dan PKPS Landscaping Services Sdn. Bhd. berkuatkuasa pada 1 Julai 2009.
Penutupan ini adalah selaras dengan hala tuju baru PKPS iaitu untuk meneruskan operasi anak-anak syarikat yang berdaya maju sahaja dan menutup anak syarikat yang bermasalah dan tidak dapat dipulihkan bagi mengurangkan kerugian yang berterusan (cut loss).
Keputusan penutupan dibuat dengan mengambil kira prestasi untung/(rugi) syarikat, kedudukan aliran tunai syarikat dan prospek perniagaan di masa hadapan syarikat yang terlibat.
-
Berapa ramaikah kakitangan yang telah ditamatkan perkhidmatan atau dipindahkan sejak bermulanya tindakan mengecilkan operasi syarikat?
Kakitangan yang telah ditamatkan perkhidmatan atau telah dipindahkan adalah seperti berikut:
- Ibu Pejabat PKPS di Shah Alam (2009 – 30 Jun 2011)
Bil. Sebab Penamatan Bil. Kakitangan 1. Pencen Wajib 3 orang 2. Pencen Pilihan 6 orang 3. Diberhentikan (Tindakan Tatatertib) 5 orang 4. Meletak Jawatan 21 Orang 5. Tamat Kontrak 14 orang 6. Dipindahkan 14 orang - Anak-anak Syarikat
PKPS Landscaping Services Sdn. Bhd.
PKPS Landscaping Services Sdn. Bhd. telah ditutup pada 1 Julai 2009 dan seramai tujuh (7) orang kakitangan telah ditamatkan perkhidmatan.
MAIS Food Industries Sdn. Bhd.
MAIS Food Industries Sdn. Bhd. telah ditutup pada 1 April 2009 dan seramai dua puluh dua (22) orang kakitangan telah ditamatkan perkhidmatan.
-
Berapakah jumlah pampasan yang telah dibayar, jika ada, kepada kakitangan yang ditamatkan perkhidmatan?
Semua kakitangan yang terlibat dalam penutupan anak syarikat telah dibayar pampasan berdasarkan kepada satu (1) bulan gaji pokok akhir didarab dengan bilangan tahun perkhidmatan.
Jumlah pampasan yang telah dibayar kepada kakitangan PKPS Landscaping Services Sdn. Bhd. dan MAIS Food Industries Sdn. Bhd. adalah seperti berikut:
Bil. Anak Syarikat Jumlah Pampasan 1. PKPS Landscaping Services Sdn. Bhd. RM 169,490 2. MAIS Food Industries Sdn. Bhd. RM 39,523 Jumlah RM 209,013 PERBADANAN KEMAJUAN PERTANIAN SELANGOR
Senarai Kakitangan Tamat Perkhidmatan 2009-2011 (30 Jun 2011)
Bil Nama Jawatan Gred Tarikh Tempoh Berkhidmat
(Tahun)
Alasan / Sebab
Lantikan Tamat 1 Jamilah bt. Latib Pembantu Tadbir (P/O) N17 11.02.2008 10.02.2009 1 Tamat Kontrak 2 Norsalina bt Jamil Pembantu Tadbir Rendah N11 01.08.2008 30.07.2009 1 Tamat Kontrak 3 Muhamad Ar Rashid b. Rusli Pembantu Tadbir Rendah N11 16.06.2008 15.06.2009 1 Tamat Kontrak 4 Anadiah Rabiha bt. Miskan Penolong Pengurus Operasi N27 01.08.2008 31.07.2009 1 Tamat Kontrak 5 Nor Fariza bt. Daud Pengurus Sistem Maklumat N41 01.08.2008 31.07.2009 1 Tamat Kontrak 6 Mohd Noor Hafizi b. Nawarwy Juruteknik J17 01.01.2009 31.12.2010 1 Tamat Kontrak 7 Mohamad Sufian b. Abdul Jabbar Pemandu Kenderaan R3 09.01.2009 08.10.2010 1 Tamat Kontrak 8 Mohd Fahmi b. Mohd Zam Zam Pengurus Perancangan Perniagaan
G41 05.05.2008 04.05.2010 2 Tamat Kontrak 9 Mohd Suffie b. Roslan Pembantu Pertanian G17 16.06.2008 15.06.2010 2 Tamat Kontrak 10 Muhamad Nasir bin Din Pengurus Ladang G41 01.11.2008 31.10.2010 2 Tamat Kontrak. Dilantik ke Anak Syarikat
11 Nik Adnan b. Raja Muhammad Pengurus Ladang G27 15.11.2008 14.11.2011 3 Tamat Kontrak. Dilantik ke Anak Syarikat
12 Mohd Fazali b. Md. Jaki Pembantu Tadbir (P/O) N17 03.03.2008 05.03.2011 3 Tamat Kontrak 13 Zurkimin b. Ahmad Pengurus Kanan Perancangan Perniagaan
N44 01.02.2008 31.01.2011 3 Tamat Kontrak 14 Rosdi b. Mat Deris Pemandu Kenderaan R3 05.01.2010 30.06.2011 1 1/2 Tamat Kontrak Bil Nama Jawatan Gred Tarikh Tempoh Berkhidmat
(Tahun)
Alasan / Sebab
Lantikan Tamat 1 Hj. Abdullah Sani b. Sahbudin Pengurus Sistem Maklumat F41 15.6.1990 01.08.2010 20 Meletak Jawatan 2 Fatimah bt. Ayob Pembantu Tadbir (P/O) N17 01.08.2006 28.02.2011 5 Meletak Jawatan 3 Nordin b. Abdul Razak Pengurus Operasi N44 16.06.2008 30.04.2009 1 Meletak Jawatan. Dilantik P.Besar Anak Sykt
4 Samihah bt. Sarpan Pengurus Perancangan Perniagaan
N41 01.09.2005 30.04.2009 4 Meletak Jawatan 5 Zaihasra bt. Arazman Penolong Pengurus Operasi
N127 01.08.2007 30.06.2009 2 Meletak Jawatan 6 Nuraniza bt. Mat Saad Pembantu Tadbir (P/O) N17 01.10.2005 30.04.2009 4 Meletak Jawatan 7 Mohd Azroy b. Othman Pembantu Tadbir (P/O) N17 01.10.2005 30.04.2009 4 Meletak Jawatan 8 Salmiah bt. Hamdan Pengurus Hartanah N41 01.11.2007 09.01.2011 4 Meletak Jawatan 9 Abdul Azim b. Yusof Penolong Pengurus Sistem Maklumat
F29 01.12.2004 07.03.2011 7 Meletak Jawatan 10 Mohd Faizal bin Md. Arifin Pengurus Perundangan N41 01.08.2007 10.03.2010 3 Meletak Jawatan 11 Megat Shahrizal b. Suliman Pemandu Kenderaan R3 05.05.2008 30.06.2009 1 Meletak Jawatan 12 Zahid b. Abdul Rahman Pengurus Operasi G41 01.09.2008 30.06.2009 1 Meletak Jawatan 13 Hanafi b. Sairi Pengurus Perancangan Perniagaan
N44 01.08.2006 30.03.2009 3 Meletak Jawatan. Dilantik P.Besar Anak Sykt
14 Siti Norzeihan bt. Ahmad Afandi Pembantu Tadbir (P/O) N17 11.02.2008 14.10.2009 1 Meletak Jawatan Bil Nama Jawatan Gred Tarikh Tempoh Berkhidmat
(Tahun)
Alasan / Sebab
Lantikan Tamat 15 Yang Kabir Mohd b. Zainal Abidin Penolong Pengurus Perladangan
N27 02.09.2008 03.04.2010 2 Meletak Jawatan 16 Mohamad Mukhriz b. Mohamad Roslan Pengurus Pusat Latihan N41 13.10.2008 26.09.2010 2 Meletak Jawatan 17 Azli b. Wasir Pemandu Kenderaan R3 05.05.2008 31.08.2010 2 Meletak Jawatan 18 Huzaifa b. Othman Pembantu Tadbir (P/O) N17 01.04.2008 25.11.2010 2 Meletak Jawatan 19 Md. Syazwan b. Adnan Pengurus Ladang Editas G27 14.08.2008 25.06.2010 2 Meletak Jawatan 20 Norhidayah bt. Zainol Pembantu Tadbir (P/O) N17 01.04.2008 28.02.2010 2 Meletak Jawatan 21 Hj. Abdul Aziz b. Abu Bakar Timbalan Pengurus Besar Kumpulan (Perkhidmatan Korporat)
VU7 01.10.2010 31.03.2011 8 bulan Meletak jawatan Bil Nama Jawatan Gred Tarikh Tempoh Berkhidmat
(Tahun)
Alasan / Sebab
Lantikan Tamat 1 Iskandar Shah b. Abd. Rahman Penolong Pegawai Pertanian G27 01.03.2002 09.10.2009 7 Diberhentikan (Tindakan Tatatertib)
2 Sadali bin Yahya Pemandu Kenderaan R3 01.04.2005 09.10.2009 4 Diberhentikan (Tindakan Tatatertib)
3 Muhammad Nur bin Ahmad Pembantu Tadbir (P/O) N17 01.06.2005 30.11.2009 4 Diberhentikan (Tindakan Tatatertib)
4 Samsul Kamal b. Arshad Pemandu Kenderaan R3 01.02.2002 09.03.2010 8 Diberhentikan (Tindakan Tatatertib)
5 Hj. Norizan b. Ibrahim Pegawai Pertanian G44 02.05.1994 25.06.2010 16 Diberhentikan (Tindakan Tatatertib)
PERBADANAN KEMAJUAN PERTANIAN SELANGOR
Senarai Kakitangan Tamat Perkhidmatan 2009-2011 (30 Jun 2011)
Bil Nama Jawatan Gred Tarikh Tempoh Berkhidmat
(Tahun)
Alasan / Sebab
Lantikan Tamat 1 Siti Shaharah bt. Kamarudin Pembantu Tadbir (Kewangan)
W17 16.05.1975 01.05.2009 34 Persaraan Wajib 2 Samiah bt. Mohd. Noor Pembantu Tadbir Rendah N11 06.09.1974 04.09.2008 34 Persaraan Wajib 3 Ismail b. Ahmad Penyelia Rancangan Tanah G17 01.10.1978 12.09.2010 32 Persaraan Wajib 4 Ahmad Jamallullail b. Omar Pengurus Kanan Operasi G48 15.07.1982 01.01.2010 28 Persaraan Pilihan 5 Mohamad Yusof b. Misiran Penyelia Rancangan Tanah G17 02.05.1981 06.09.2009 28 Persaraan Pilihan 6 Sani b. Hj. Ahmad Penyelia Rancangan Tanah G17 02.05.1981 01.09.2009 28 Persaraan Pilihan 7 Rohani bt. Ismail Pembantu Tadbir Rendah N11 10.05.1975 27.03.2010 35 Persaraan Pilihan 8 Sahrudin b. Juhar Pembantu Tadbir (Kewangan)
W17 01.10.1981 01.04.2010 29 Persaraan Pilihan 9 Rahmat bin Dasuki Penyelia Rancangan Tanah G17 02.05.1981 01.05.2010 29 Persaraan Pilihan PERBADANAN KEMAJUAN PERTANIAN SELANGOR
Senarai Kakitangan Dipindahkan 2009-2011 (30 Jun 2011)
Bil Nama Jawatan Gred Penempatan Asal Baru Tarikh 1 Haji Mohd Nordin b. Darhan Timbalan Pengurus Besar VU7 Ibu Pejabat Pejabat Setiausaha 01.01.2010 Kumpulan Kerajaan Negeri 2 Haji Ahmad Seri bin Marjiku Pengurus Kanan Penbangunan Perniagaan
N48 Ibu Pejabat Pusat Latihan 04.01.2010 3 Haji Mohd Yunos b. Kusairi Pengurus Kewangan W41 Ibu Pejabat Projek Ternakan 10.01.2011 4 Mohamad Azmi b. Abd. Hamid Pengurus Kanan Ladang N48 Ibu Pejabat Ladang PKPS Editas 04.01.2010 5 Reena Zuliana bt. Abd. Rashid Pengawai Pusat Latihan N41 Ibu Pejabat Pusat Latihan 01.08.2010 6 Nor Asilah bt. Hj. Atdenan Pengurus Pemasaran N41 Ibu Pejabat Selangor Fruit Valley
16.08.2010 7 Siti Rahimah bt. Jumani Penolong Pengurus Kewangan W32 Ibu Pejabat Selangor Fruit Valley
03.01.2011 8 Siti Masayu bt. Laton Penolong Pengurus Ladang G27 Ibu Pejabat Ladang Sg. Panjang 01.03.2011 9 Omar b. Basari Pegawai Akaun W27 Ibu Pejabat PKPS Farm Mart S/B 01.07.2011 10 Rohaiza bt. Mat Ghani Pembantu Tadbir N17 Ibu Pejabat Selangor Fruit 01.01.2011 (Perkeranian/Operasi) Valley 11 Sa’ari bin Misran Pegawai Pemantau N17 Ibu Pejabat Projek Tanjung 12 01.02.2010 12 Irwan b. Masdar Penyelia Projek N17 Ibu Pejabat Projek Nenas, Tebu 04.01.2010 13 Norazzyati bt. Hassan Pembantu Tadbir N17 Ibu Pejabat Selangor Fruit 01.12.2009 (Perkeranian/Operasi) Valley 14 Jefferee b. Mohd Kamil Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi
N17 Ibu Pejabat Ladang Sg. Panjang 01.12.2010 PERBADANAN KEMAJUAN PERTANIAN SELANGOR
PENUTUPAN OPERASI
MAIS FOOD INDUSTRIES SDN. BHD.
- LATAR BELAKANG
- Mais Food Industries Sdn. Bhd. (MFISB) ditubuhkan pada 15 Mac 1999 dengan modal berbayar sebanyak RM0.435 juta. Pemilik syarikat terdiri daripada:
- Majlis Agama Islam Selangor – 58.6 % ii. Pantai Bharu Holding Sdn.Bhd – 41.4 %
- Pada 19 Jun 2001, saham-saham yang dimiliki oleh kedua-dua pemegang saham MFISB telah diambilalih sepenuhnya oleh PKPS.
- Struktur modal MFISB pada 31 Disember 2008 adalah seperti berikut:
- Modal Dibenar – RM 1.0 juta ii. Modal DIbayar – RM 0.435 juta
- AKTIVITI PERNIAGAAN
- Aktiviti utama perniagaan MFISB adalah seperti berikut:
- Pengedaran bantuan makanan kepada golongan fakir miskin di bawah program Pusat Zakat Selangor dan program PKPS.
- Pemasaran produk makanan halal.
- Pemprosesan keli salai.
- Pendapatan MFISB bergantung kepada kontrak pengedaran yang diberikan oleh Pusat Zakat Selangor. Mulai tahun 2009, Pusat Zakat Selangor tidak lagi memberi kontrak tersebut secara runding terus kepada MFISB dan sebaliknya telah menawarkan kontrak kepada orangramai secara tender terbuka.
- Program bantuan makanan di bawah PKPS pula telah dihentikan pada tahun 2008 kerana Kerajaan Negeri Selangor telah membuat keputusan untuk memusatkan aktiviti kebajikan kepada satu badan sahaja di bawah Menteri Besar Incorporation.
- Pada masa yang sama, projek keli salai gagal mendapat sambutan di pasaran kerana faktor harga jualan yang lebih mahal berbanding harga jualan ikan keli biasa.
- Lanjtan kepada perkembangan-perkembangan tersebut maka pada tahun 2009, MFISB telah mengalami masalah kritikal dalam aliran tunai syarikat sehingga memerlukan pendahuluan kewangan daripada PKPS pada setiap bulan untuk membayar gaji pekerja.
- PRESTASI KEWANGAN
- Penyata pendapatan MFISB dari tahun 2000 hingga 2009 adalah seperti berikut:
Bil Tahun Pendapatan (RM)
Untung/(Rugi) (RM)
1 2000 13,030,548 345,497 2 2001 1,156,093 68,060 3 2002 4,436,237 238,664 4 2003 2,265,563 184,162 5 2004 2,578,525 159,677 6 2005 2,845,852 (125,603) 7 2006 2,348,129 20,262 8 2007 1,905,080 (314,272) 9 2008 1,089,066 (1,588,709) 10 2009 630,995 (1,039,755) Jumlah (2,052,017) - Jumlah Sipiutang MFISB sehingga 1 April 2009 ialah RM2.9 juta merangkumi hutang kepada pembekal mesin/peralatan kilang, pembekal produk makanan dan PKPS sendiri.
- PROSPEK PERNIAGAAN
Masa depan MFISB adalah malap kerana:
- MFISB tidak mempunyai aktiviti perniagaan yang mampu menjana pendapatan kepada syarikat selain daripada mengharapkan kontrak kerja-kerja pengedaran makanan oleh Pusat Zakat Selangor.
- Operasi pemprosesan keli salai pula telah berhenti kerana hasil jualan produk tidak dapat menampung kos pengeluaran yang terlibat.
- PENUTUPAN OPERASI SYARIKAT
- Penutupan operasi MFISB berkuatkuasa pada 1 April 2009.
- PKPS telah menyediakan peruntukan kewangan berjumlah RM134,947/- iaitu sehingga 31 Mac 2009 bagi pembayaran seperti berikut:
- Pampasan kepada kakitangan : RM39,523/- (sebulan gaji pokok x bilangan tahun perkhidmatan) ii. Gaji bulanan kakitangan : RM69,165/- iii. Caruman KWSP : RM22,101/- iv. Caruman Perkeso : RM 4,158/-
- Bilangan kakitangan yang telah ditamatkan perkhidmatan adalah seramai dua puluh dua (22) orang terdiri daripada kumpulan berikut:
- Pengurusan : 1 orang ii. Kakitangan : 10 orang iii. Pekerja : 11 orang
Senarai penerima bayaran pampasan adalah seperti di lampiran.
PERBADANAN KEMAJUAN PERTANIAN SELANGOR
PENUTUPAN OPERASI
PKPS LANDSCAPING SERVICES SDN. BHD.
- LATAR BELAKANG
- PKPS Landscaping Services Sdn. Bhd. (PLSSB) ditubuhkan pada
26 Januari 1991 dengan modal berbayar sebanyak RM0.65 juta.
Pemilik syarikat terdiri daripada:
- PKPS – 51 % ii. Uniteers Landscape Sdn.Bhd – 35 % iii. SPL Sdn.Bhd – 14 %
- Pada 31 Disember 1996, saham-saham yang dimiliki oleh keduadua pemegang saham SPL Sdn. Bhd. dan Uniteers Landscape Sdn. Bhd. telah diambilalih sepenuhnya oleh PKPS.
- Struktur modal PLSSB pada 31 Disember 2008 adalah seperti berikut:
- Modal Dibenar – RM 2.0 juta ii. Modal DIbayar – RM 1.5 juta
- AKTIVITI SYARIKAT
- Aktiviti perniagaan PLSSB ialah:
- Penanaman dan penjualan pokok-pokok nurseri.
- Kontrak kerja perlanskapan dan penyelenggaraan.
- Pengeluaran baja kompos daripada jerami padi menggunakan media cacing.
- Perdagangan baja dan input pertanian lain.
- Selama beroperasi, pendapatan PLSSB bergantung kepada kontrak kerja terutama sekali dengan PKPS dan anak syarikat PKPS. Antara kontrak-kontrak tersebut ialah pembekalan baja kepada PKPS, perlanskapan kawasan Wisma PKPS, pembekalan anak benih pokok buah-buahan kepada anak syarikat PKPS dan penyelenggaraan projek-projek PKPS.
- Mulai tahun 2009, pembelian baja dan pemberian lain-lain kontrak oleh PKPS telah dibuat secara tender terbuka bagi mengurangkan kos operasi. Tanpa kontrak-kontrak ini maka PLSSB telah mengalami masalah kritikal dalam menjana pendapatan bagi menampung perbelanjaan syarikat.
- PLSSB memerlukan pendahuluan kewangan daripada PKPS untuk meneruskan operasi perniagaan syarikat kerana pendapatan yang diperolehi daripada perniagaan sedia ada tidak mencukupi untuk menampung kos operasi syarikat.
- PRESTASI KEWANGAN
- Penyata pendapatan PLSSB dari tahun 1999 hingga 2008 adalah seperti berikut:
Bil Tahun Pendapatan (RM)
Untung/(Rugi) (RM)
1 1999 846,498 (427,295) 2 2000 759,439 (331,816) 3 2001 827,309 (218,708) 4 2002 1,601,143 363,341 5 2003 1,184,242 76,054 6 2004 555,552 (172,822) 7 2005 2,935,052 244,754 8 2006 3,097,214 (328,665) 9 2007 2,244,395 356,811 10 2008 2,538,605 (2,114,911) Jumlah (3,053,473) - Jumlah Sipiutang PLSSB sehingga 31 Mac 2009 ialah RM2.0 juta merangkumi hutang kepada PKPS (RM0.4 juta), PKPS Agro Industries Sdn. Bhd. (RM0.9 juta) dan pembekal mesin/peralatan pertanian.
- PROSPEK PERNIAGAAN
Masa depan PLSSB adalah malap kerana:
- PLSSB tidak mempunyai aktiviti perniagaan yang mampu menjana pendapatan kepada syarikat selain daripada kontrak kerja-kerja perlanskapan dan penyelenggaraan.
- Kontrak perlanskapan kawasan yang diharapkan daripada PBTPBT di Negeri Selangor tidak berjaya diperolehi seperti yang dirancang.
- PKPS telah membuat keputusan untuk mendapatkan bekalan baja bagi keperluan ladang-ladang PKPS secara tender terbuka dan tidak lagi secara runding terus dengan PLSSB.
- PENUTUPAN OPERASI SYARIKAT
- Penutupan operasi PLSSB berkuatkuasa pada 1 Julai 2009.
- PKPS telah menyediakan peruntukan kewangan berjumlah RM169,490/- iaitu sehingga 30 Jun 2009 bagi pembayaran pampahsan (sebulan gaji pokok x bilangan tahun perkhidmatan) kepada kakitangan PLSSB.
- Bilangan kakitangan yang telah ditamatkan perkhidmatan adalah seramai tujuh (7) orang terdiri daripada kumpulan berikut:
- Pengurusan : 4 orang
- Kakitangan : 3 orang
Senarai penerima bayaran pampasan adalah seperti di lampiran.