Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009
71) PENGAWALAN PEMBAKARAN SECARA TERBUKA
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah usaha-usaha yang dilakukan oleh pihak kerajaan dalam mengawal pembakaran secara terbuka sejak tahun 2008?
Pihak Kerajaan sentiasa berusaha untuk menangani isu pembakaran terbuka dengan melaksanakan berbagai cara seperti berikut:
Mempertingkatkan penguatkuasaan undang-undang mengenai larangan melakukan pembakaran terbuka di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 oleh Jabatan Alam Sekitar dan undang-undang lain yang berkaitan di bawah agensiagensi kerajaan yang lain termasuk Pihak Berkuasa Tempatan, Pejabat Tanah dan Daerah, Jabatan Pertanian, Jabatan Perhutanan dan Jabatan Bomba;
- Menjalankan program pemantauan dan rondaan darat oleh Jabatan Alam Sekitar ke atas kawasan-kawasan yang berisiko tinggi berlaku pembakaran seperti tapak-tapak projek pembinaan, kawasan pertanian, tapak pelupusan sampah dan kawasan gambut. Program pemantauan ini turut dilaksanakan melalui penerbangan udara dengan kerjasama Unit Udara Polis dan penerbangan pihak swasta untuk membuat pengesanan awal bagi mengelakkan kebakaran dari merebak;
- Melaksanakan langkah pencegahan pembakaran terbuka terutama di kawasan tanah gambut dengan melaksanakan “water management system” melalui pembinaan “check dam” dan pembinaan pintu air di kawasan tersebut supaya kebakaran dapat dikawal dan dikurangkan; dan
- Mempertingkatkan program pendidikan dan kesedaran alam sekitar terutama kepada sektor industri, pemaju projek pembinaan, para tani dan orang awam bagi memastikan semua pihak terlibat memberi kerjasama dalam usaha-usaha penjagaan alam sekitar dengan tidak melakukan sebarang aktiviti pembakaran terbuka.
-
Sila maklumkan jumlah kes-kes pembakaran secara terbuka mengikut daerah mulai Jan 2008 hingga Jun 2009.
JUMLAH KES – KES PEMBAKARAN TERBUKA MENGIKUT
DAERAH MULAI JANUARI – JUN 2009
JAN FEB MAC APRIL MEI JUN JUMLAH Gombak 15 22 14 13 9 8 81 Hulu Langat 21 14 9 11 29 17 101 Hulu Selangor 3 1 0 3 2 2 11 Klang 8 15 10 16 36 5 90 Kuala Langat 6 3 1 0 5 4 19 Kuala Selangor 1 0 1 0 5 4 11 Petaling 26 26 28 41 22 13 156 Sabak Bernam 1 0 0 1 2 1 5 Sepang 2 2 0 1 8 9 22 JUMLAH 83 83 63 86 118 63 496 JUMLAH KES – KES PEMBAKARAN TERBUKA MENGIKUT DAERAH TAHUN 2008
JAN FEB MAC APRIL MEI JUN JULAI OGOS SEPT OKT NOV DIS JUMLAH Gombak 0 0 1 3 5 5 8 5 5 0 5 16 53 Hulu Langat 2 10 2 3 17 14 12 22 8 8 16 4 118 Hulu Selangor 0 3 0 0 0 2 1 5 0 1 0 0 12 Klang 8 20 3 12 49 8 17 17 8 9 15 7 173 Kuala Langat 1 6 1 0 0 0 2 1 1 1 4 0 17 Kuala Selangor 0 3 2 1 3 3 1 3 1 1 1 1 20 Petaling 11 27 13 13 25 13 49 34 16 8 18 29 256 Sabak Bernam 0 0 0 0 1 0 1 0 0 0 0 0 2 Sepang 0 0 0 1 1 2 3 3 1 2 1 0 14 Luar Selangor 1 2 3 0 0 0 1 2 0 0 1 3 13 JUMLAH 23 71 25 33 101 47 95 92 40 30 61 60 678 -
Sila nyatakan sebab-sebab pembakaran secara terbuka tidak dapat dikawal.
Antara sebab pembakaran terbuka sukar dikawal adalah seperti berikut:
- cuaca panas dan kering;
- melibatkan pembakaran di kawasan tanah gambut yang melibatkan keluasan yang besar dan api mudah merebak;
- merupakan amalan pertanian sejak turun temurun dan mengambil masa yang lama untuk diubah;
- kaedah yang murah dan cepat bagi pengurusan pelupusan buangan sisa pepejal dan biomas; dan
- kesukaran mendapatkan sumber air dan akses jalan masuk bagi kerja-kerja pemadaman.