Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023

13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)

123) PENGASINGAN SAMPAH DAN KITAR SEMULA

Tahun: 2023

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah perancangan jangka masa panjang bagi pengasingan sampah dan kitar semula di Negeri Selangor?

    Perancangan jangka masa panjang bagi pengasingan sampah dan kitar semula di Negeri Selangor mensasarkan peningkatan kadar kitar semula sebanyak 3 peratus setiap tahun dan 15 peratus menjelang tahun 2025 sepertimana yang telah dinyatakan dalam laporan teknikal Rancangan Selangor Pertama (RS-1).

    Dalam usaha untuk mencapai Key Performance Indicator yang telah ditetapkan, Kerajaan Negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) telah melaksanakan pelbagai program dan aktiviti bagi menerapkan budaya kitar semula sisa di peringkat komuniti dan institusi pendidikan (sekolah dan lain-lain).

    Antara program yang dilaksanakan adalah seperti yang berikut:

    1. Program Kitar Semula;
    2. Pengumpulan barangan kitar semula dengan melibatkan usahasama syarikat dan NGO seperti Nestle (Malaysia) Berhad, KPT Recycle, Syarikat Life Line Clothing (Malaysia) Sdn. Bhd., Pertubuhan Amal Kitar Semula Malaysia dan Syarikat Aeroyen Enterprise;
    3. Membuat pengumpulan barangan kitar semula dari Lori Kontraktor Memungut Sampah, Pusat Pelupusan Barang Lusuh/Kitar semula, Pasaraya dan Kedai Serbaneka;
    4. Pengumpulan Minyak Masak Terpakai;
    5. Program Sisa Jadi Dana (SIDINA);
    6. Jom Timbang; dan
    7. Program ‘Ecobrick’.

    Kerajaan Negeri juga turut menyasarkan pembinaan sekurang-kurangnya 12 Material Recovery Collection Facility (MRCF) melalui KDEB Waste Management yang merangkumi Buy Back Center dan Drop of Point di seluruh negeri Selangor untuk kemudahan rakyat negeri Selangor menghantar barang kitar semula mereka.  Pembinaan MRCF ini dijangka dapat meningkatkan lagi kadar kitar semula di negeri Selangor selain dapat menjana data yang lebih inklusif bagi mengukur keberhasilan inisiatif kitar semula di negeri ini.

    Selain itu, Lembaga Perumahan Hartanah Selangor (LPHS) dan Perumahan dan Hartanah Selangor Sdn. Bhd. (PHSSB) dengan kerjasama KDEB Waste Management Sdn. Bhd. akan mewujudkan Buy Back Center dan Drop of Point di beberapa kawasan perumahan strata  di bawah kendalian mereka yang akan dikenal pasti di seluruh Negeri Selangor.

  2. Sehingga kini, berapa banyak kawasan di Negeri Selangor yang telah menjalani projek perintis perlaksanaan pengasingan sampah dan kitar semula?

    Sebanyak 176 projek perintis telah dilaksanakan di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Negeri Selangor dalam pengasingan dan kitar semula sampah. Antara projek perintis yang telah dilaksanakan termasuk Pusat Kitar Semula, Waste Eco Park, Program Pengasingan Sisa di Punca dan Pusat Perawatan Sisa Makanan dan berikut adalah jumlah projek perintis tersebut mengikut PBT di Negeri Selangor seperti jadual di bawah:

  3. Apakah hasil dapatan daripada perlaksanaan projek tersebut?

    Secara kesimpulannya, keberhasilan daripada projek kitar semula di setiap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Negeri Selangor secara tidak langsung telah meningkatkan kadar peratusan kitar semula dan dapat mengurangkan jumlah sampah ke tempat pelupusan sampah (landfill). Selain daripada itu, penduduk setempat juga boleh meraih pendapatan sampingan daripada hasil jualan kitar semula. Hasil daripada pelaksanaan projek pengasingan dan kitar semula sampah di setiap PBT bagi tahun 2022 seperti jadual di bawah:

Lampiran

Tiada Lampiran.