Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019
203) PENGARUSPERDANAAN GENDER
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Puan Juwairiya Binti Zulkifli
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah langkah Kerajaan Negeri dalam usaha pengarusperdanaan gender (gender mainstreaming) dalam memastikan keseimbangan dalam pembentukan dasar dan Pembangunan Negeri?
Kerajaan Negeri komited dalam memastikan pengarusperdanaan gender dilaksanakan dalam pentadbiran Kerajaan Negeri. Selaras dengan Matlamat Pembangunan Lestari 5 : Kesaksamaan Gender, Kerajaan Negeri menerusi Institut Wanita Berdaya (IWB) Selangor sedang berusaha melaksanakan beberapa langkah pengarusperdanaan gender bagi memastikan keseimbangan dalam pembentukan dasar dan pembangunan negeri:
1) Penubuhan Jawatankuasa Gender antara Exco di mana jawatankuasa ini akan dipengerusikan secara tetap oleh YAB Dato’ Menteri Besar dan peneraju utama oleh Pengerusi Tetap Pemberdayaan Wanita dan Keluarga Negeri Selangor. Jawatankuasa ini juga akan terdiri daripada YB-YB Exco yang dilantik setiap tahun untuk melaksanakan agena pengarusperdanaan gender di portfolio masing-masing.
2) Pelantikan penyelaras gender di setiap portfolio yang dipanggil Gender Focal Point (GFP) bagi menyelaras dan melaksanakan dasar dan program gender seperti Pelan Tindakan Gender, Audit Gender dan mengutip Data Pecahan Jantina (Sex-Disagregated Data (SDD) ) dalam setiap jabatan/agensi kerajaan serta sektor swasta.
3) Pembangunan kapasiti secara berterusan dan berkala mengenai Pengarusperdanaan Gender kepada penjawat-penjawat awam Kerajaan Negeri bagi memastikan iana dapat dilaksanakan dengan jaya dan mampan.
Kesemua pelaksanaan Pengarusperdanaan Gender dalam Kerajaan Negeri akan disokong kepakarannya oleh IWB Selangor dan pakar-pakar gender yang terbaik di Malaysia demi memastikan Negeri Selangor menjadi negeri terulung dalam melaksanakan Pengarusperdanaan Gender di Malaysia.
-
Berapakah jumlah pegawai dan penjawat awam wanita berbanding lelaki dalam pentadbiran Kerajaan Negeri pada masa kini?
Berdasarkan rekod yang dicapai melalui Sistem Analitik Sumber Manusia Sektor Awam (ASSIST), jumlah penjawat awam wanita di Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor adalah seramai 9,200 orang atau 40.8% daripada jumlah keseluruhan penjawat awam di Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor.
BIL LANTIKAN JANTINA
TETAP KONTRAK JUMLAH KESELURUHAN 1 LELAKI 9,922 3,439 13,361 2 WANITA 6,962 2,238 9,200 Berikut adalah pecahan jumlah penjawat awam di Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor berdasarkan jantina dan status lantikan berdasarkan Sistem ASSIST sehingga 22 Julai 2019 :