Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
01 November 2019 hingga 13 November 2019
183) PENGAPUNGAN HARGA PETROL
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan langkah Kerajaan Negeri untuk pastikan rakyat Selangor tidak terbeban dengan kesan pengapungan harga petrol Ron95 yang bermula Januari 2020 kelak.
Kerajaan Negeri sentiasa komited dan perihatin mengenai isu-isu rakyat dalam Negeri Selangor khususnya yang berkaitan dengan kos sara hidup. Kerajaan Negeri telah memperkenalkan Program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) sejak tahun 2008 yang kini dikenali sebagai Inisiatif Peduli Rakyat (IPR). IPR menawarkan program-program bantuan dan kebajikan yang bertujuan membantu serta meringankan beban rakyat di pelbagai peringkat termasuklah bagi golongan B40 dan M40, tertakluk kepada kelayakan dan syarat yang telah ditetapkan.
Sebanyak tiga puluh dua (32) buah program di bawah IPR telah diperkenalkan berdasarkan pembahagian mengikut kluster iaitu kluster Kebajikan, Kesihatan, Kekeluargaan, Pendidikan, Pekerjaan & Perniagaan dan Perumahan. Program-program yang dirangka ini bertujuan memberi bantuan dan kebajikan, sekaligus dapat membantu meringankan kos sara hidup rakyat dan mengurangkan kesan pengapungan harga petrol Ron95 yang bermula pada Januari 2020.
-
Nyatakan usaha dan perancangan Kerajaan Negeri untuk memberi sebarang inisiatif kepada golongan M40 yang perbezaan pendapatannya berbanding B40 tidak jauh.
Sama seperti di SUB(a)