Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014

130) PENGANUT BUKAN ISLAM DAN RUMAH IBADAT

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Hal Ehwal Selain Islam

Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan statistik jumlah dan pecahan penganut bukan Islam di Selangor mengikut daerah?

    Menurut satu laporan yang telah disediakan pada tahun 2010, berikut adalah jumlah keseluruhan penanut bukan Islam di negeri Selangor :

     

    BIL.

     

    NAMA DAERAH

    BILANGAN PENDUDUK BUKAN ISLAM
    1. Gombak 229,665
    2. Klang 385,812
    3. Kuala Langat 72,131
    4. Kuala Selangor 49,060
    5. Petaling 766,774
    6. Sabak Bernam 24,188
    7. Sepang 59,207
    8. Hulu Langat 474,162
    9. Hulu Selangor 55,539
    JUMLAH KESELURUHAN 2,116,538
  2. Nyatakan statistik bilangan rumah ibadat untuk bukan Islam mengikut daerah?

    Sehingga tahun 2013, bilangan keseluruhan Rumah Ibadat Bukan Islam yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) di seluruh Negeri Selangor adalah sebanyak 328 buah. Dari jumlah tersebut, Tokong mencatatkan bilangan tertinggi dengan 156 buah diikuti dengan Kuil dengan sejumlah 137 buah manakala gereja sebanyak 31 buah dan Gudwara sebanyak4

    BIL. NAMA RUMAH IBADAT JUMLAH                            RUMAH IBADAT
    1. TOKONG 156
    2. KUIL 137
    3. GEREJA 31
    4. GUDWARA 4
    JUMLAH 328
  3. Apakah prosedur, kriteria dan pertimbangan bagi meluluskan pembinaan rumah ibadat baru?

    Terdapat beberapa aspek yang perlu diambil kira bagi memberi kelulusan pembinaan rumah Ibadat baru. Antaranya adalah status tanah. Permohonan pembinaan rumah Ibadat baru perlu mengikut undang-undang sedia ada seperti bukan diatas tanah lapang, rizab sungai atau tanah yang telah dikhususkan untuk sesuatu

    Permohonan ini juga perlu dibawa ke dalam Mesyuarat Jawatankuasa Hal Ehwal Selain Islam untuk dibincangkan dan diputuskan. Permohonan tersebut akan mengambil kira status tanah, keperluan semasa dan keadaan sekelilng tapak yang dipohon. Setelah diluluskan di dalam mesyuarat tersebut, Rumah Ibadat yang ingin dibina perlu mendapat Kebenaran Merancang (K.M.) daripada Pihak Berkuasa Tempatan yang berkaitan sebelum pembinaan dijalankan.

    Permohonan untuk pembinaan Rumah Ibadat perlu diatas nama Persatuan- persatuan agama yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) dan pertubuhan tersebut akan mengendalikan hal ehwal Rumah Ibadat tersebut secara keseluruhannya.

    Selain itu juga, terdapat syarat yang perlu di patuhi di dalam pembinaan bangunan keagamaan Selain Islam seperti yang telah termaktub di dalam Perenggan 5 Garis Panduan Berhubung Hal Ehwal Selain Islam dan Peranan Jawatankuasa Hal Ehwal Selain Islam Negeri Selangor yang menyebut :

    PEMBINAAN BANGUNAN KEAGAMAAN SELAIN ISLAM
    1. Setiap permohonan pembinaan bangunan keagamaan hendaklah dipohon atas nama persatuan melalui Pejabat Tanah dan Daerah serta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
    2. Keluasan tanah untuk kegunaan bangunan keagamaan selain Islam sedia ada di tapak adalah mengikut keluasan asal bangunan tersebut. Keluasan bangunan keagamaan selain Islam di tapak baru sama ada disediakan oleh kerajaan atau pemaju dan bagi tujuan pemindahan adalah ditetapkan tidak melebihi 10,000 kaki persegi. Walau bagaimanapun, jawatankuasa boleh mempertimbangkan keluasan melebihi 10,000 kaki persegi mengikut kes-kes
    3. Tapak bangunan keagamaan selain Islam tidak boleh ditempatkan di sekeliling loji kumbahan atau pencawang
    4. Pembinaan bangunan keagamaan selain Islam adalah tidak dibenarkan di bina di kawasan lapang.
    5. Penentuan jenis bangunan keagamaan selain Islam adalah ditetapkan mengikut komposisi
    6. Ketinggian yang dibenarkan adalah tertakluk kepada garis panduan dan undang- undang yang diguna pakai oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
    7. Pembinaan bangunan keagamaan selain Islam tidak akan menimbulkan kacau ganggu kepada orang awam atau lalu
    8. Bangunan keagamaan yang dipindahkan dicadangkan untuk ditempatkan secara tetap.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.