Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013
19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013
68) PENGANJURAN PERTANDINGAN SUKAN DI PERINGKAT DAERAH
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Adakah pihak Jawatankuasa Tetap Belia & Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam akan merancang penganjuran pertandingan sukan di peringkat daerah sebagai feeder kepada pertandingan ke peringkat kebangsaan dan antarabangsa untuk memenuhi matlamat yang telah dirancangkan?
Pihak Jawatankuasa Tetap Belia & Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam melalui Majlis Sukan Negeri Selangor menganjurkan Kejohanan di peringkat daerah yang dianjurkan oleh Persatuan Sukan Negeri dan daerah dengan kerjasama pihak Majlis Sukan Daerah. Kejohanan di peringkat daerah ini adalah feeder kepada pertandingan ke peringkat kebangsaan iaitu apabila atlit-atlit ini mewakili negeri Selangor. Apabila atlit-atlit ini berjaya di pertandingan peringkat kebangsaan, mereka akan mewakili Negara ke peringkat antarabangsa.
Selain daripada itu juga, pihak majlis sentiasa merancang dan bekerjasama dengan MSD untuk membangunkan sukan di peringkat daerah melalui peruntukan daerah, MSD diwajibkan untuk melaksanakan 3 program pembangunan sukan termasuk satu sukan bukan wajib iaitu sukan olahraga. Persatuan negeri juga giat menganjurkan kejohanan peringkat negeri bagi memberi peluang kepada semua daerah bersama merancakkan program pembangunan sukan di negeri Selangor.