Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)

334) PENGANGKUTAN TEKNOLOGI HIJAU

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Puan Pua Pei Ling

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah dasar Kerajaan Negeri untuk menggalakkan penggunaan pengangkutan hijau di Selangor?

    Kerajaan Negeri Selangor melalui Rancangan Selangor Pertama (RS-1) di bawah Teras 3: Kelestarian iaitu Negeri Rendah Karbon menggariskan dua (2) Strategi Utama dan salah satu adalah:-

    Mempercepatkan penggunaan mobiliti rendah karbon di mana Negeri Selangor membangunkan pelan induk pengangkutan awam dengan mempercepatkan peralihan sektor pengangkutan ke mobiliti rendah karbon dengan memfokuskan peralihan kepada pengangkutan kenderaan elektrik (EV) dan menambah penggunaan mobiliti mikro bagi last mile connectivity.

    Salah satu daripada tiga (3) senarai Projek, Program dan Inisiatif (PP1) yang disasarkan di dalam RS-1 adalah:-

    • Pelaksanaan Pelan Pembangunan Mobiliti Rendah Karbon di peringkat negeri dan tempatan di mana Pelan tersebut akan dijadikan panduan untuk tindakan pembangunan sektor pengangkutan memfokuskan empat (4) teras iaitu:-
    1. pemacuan kenderaan elektrik persendirian dan awam termasuk bas Smart Selangor;
    2. meningkatkan liputan rangkaian pengangkutan awam;
    3. menambah baik ketersambungan pengangkutan; dan
    4. pembangunan stesen pengecas EV.
  2. Sejauh manakah usaha kerajaan untuk meningkatkan penggunaan teknologi hijau dalam sektor pengangkutan?

    Kerajaan Negeri komited untuk mempromosikan pengangkutan hijau sebagai salah satu langkah penting ke arah pembangunan negeri yang mampan. Melalui pelbagai inisiatif seperti penggunaan bas elektrik, peningkatan pengangkutan awam yang efisien, penyediaan infrastruktur bagi laluan pejalan kaki dan basikal dan sokongan kepada kenderaan elektrik adalah sebahagian daripada tindakan yang yang diambil oleh Kerajaan Negeri untuk mengurangkan pelepasan GHG.

    Sejak Perkhidmatan Bas Smart Selangor diperkenalkan pada tahun 2015, Kerajaan Negeri telah menunjukkan komitmen yang tinggi untuk memperkasakan sistem pengangkutan awam secara berterusan. Salah satu usaha penting untuk meningkatkan penggunaan teknologi hijau dalam sektor pengangkutan ialah pengenalan bas elektrik di kawasan Majlis Bandaraya Petaling Jaya. Perancangan seterusnya melibatkan pengenalan bas elektrik di kawasan Majlis Bandaraya Shah Alam. Inisiatif yang diambil merupakan salah satu langkah proaktif Kerajaan Negeri dalam mempromosikan pengangkutan yang mesra alam.

    Di dalam RS-1, Kerajaan Negeri turut menyasarkan pemasangan sebanyak 1,000 pengecas EV menjelang tahun 2025 dengan kerjasama pihak swasta. Kerajaan Negeri amat mengalu-alukan kerjasama dan cadangan usahasama daripada pihak swasta yang berkaitan dalam bidang teknologi hijau ini. Dasar Tenaga Negara 2022 – 2040 yang dilancarkan oleh Kerajaan Persekutuan merupakan satu anjakan transformasi sektor tenaga negara dan salah satu elemen keutamaan adalah mengiktiraf EV sebagai fokus masa depan.

  3. Apakah perancangan kerajaan dalam penyediaan stesen pengecasan kenderaan elektrik di seluruh negeri?

Lampiran

Tiada Lampiran.