Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010
216) PENGANGKUTAN LRT
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah Kerajaan Negeri telah mencapai satu persetujuan dengan Kerajaan Persekutuan ataupun mana-mana agensinya mengenai cadangan sambungan laluan LRT Ampang dan Kelana Jaya? Sila berikan butir-butir.
Sehingga hari ini Kerajaan Negeri telah bersetuju secara dasarnya terhadap semua
jajaran yang dicadangkan. Namun begitu, Kerajaan Negeri masih lagi mencari opsyen
atau alternatif kawasan bagi jajaran yang menerima bantahan agar memastikan
cadangan ini dapat dilaksanakan. Kerajaan Negeri masih belum dapat membuat
sebarang keputusan mengenai jajaran dan depoh di Kampung Sri Aman dan juga di
jajaran kawasan Putra Height dan yang merentasi Kondominium Saujana Residency
dan Empire Subang. -
Adakah laluan-laluan ini akan berubah memandangkan terdapat bantahan daripada sesetengah penduduk dan apakah bantuan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri kepada para penduduk ini?
Sebarang cadangan peralihan terhadap jajaran ini boleh dipanjangkan terus kepada
pihak Syarikat Prasarana Negara Berhad (SPNB) untuk dipertimbangkan dari segala
aspek terutama teknikal dan kos. Kerajaan Negeri akan membantu dalam
memanjangkan lagi cadangan jajaran alternatif ini dan pihak Kerajaan Negeri membantu
dalam menganjurkan sesi penerangan, dialog untuk membolehkan rakyat turut serta
dalam pelaksanaan cadangan ini. -
Sudahkah Kerajaan Negeri membeli tanah/tempat letak kereta bagi laluan LRT ini? Sila berikan butir-butir
Cadangan projek sambungan LRT ini merupakan projek Kerajaan Persekutuan. Oleh
itu, persoalan samada Kerajaan Negeri telah pun membeli tanah atau tempat letak
kereta adalah tidak berkaitan. Walaupun begitu, Kerajaan Negeri akan sentiasa
memastikan agar tempat letak kereta dapat disediakan di kawasan yang sesuai.