Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)

7) PENGANGKUTAN AWAM/ MOBILITI AWAM

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Puan Pua Pei Ling

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah perancangan Kerajaan Negeri dalam pembangunan pengangkutan awam/ mobiliti awam supaya dapat dimanfaatkan oleh lebih ramai rakyat Selangor?

    Inisiatif Mobiliti Selangor yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor merupakan pendekatan yang menyeluruh untuk meningkatkan perkhidmatan pengangkutan awam dan mobiliti di Negeri Selangor. Sebelum tahun 2023, perkhidmatan pengangkutan awam di Negeri Selangor adalah tertumpu kepada Bas Smart Selangor sahaja.

    Melangkah ke hadapan, tiba masanya Kerajaan Negeri mencari solusi yang lebih proaktif bagi mencapai sasaran penggunaan pengangkutan awam yang lebih tinggi. Penjenamaan baharu sistem pengangkutan awam Selangor kini adalah dikenali sebagai Mobiliti Selangor iaitu penggabungan semua aspek pengangkutan di bawah satu bumbung, dan dipandu dengan penganalisaan data. Inisiatif ini melibatkan pelaksanaan program dan aktiviti yang menyeluruh dalam memenuhi keperluan First Mile Last Mile, yang merujuk kepada segmen awal dan akhir perjalanan seseorang sebagai pengguna pengangkutan awam. Mobiliti Selangor tidak hanya memfokuskan pada satu mod pengangkutan semata-mata seperti bas, rel, teksi, atau e-hailing, tetapi ia melibatkan keterangkuman semua aspek pengangkutan dalam satu ekosistem pengangkutan yang holistik dan efisien. Contoh keterangkuman ini adalah merangkumi perhentian bas, hub pengangkutan awam, mikromobiliti, e-scooter, malahan laluan pejalan kaki. Untuk fasa awalan Mobiliti Selangor, Kerajaan Negeri Selangor memperkenalkan perkhidmatan Demand Responsive Transit (DRT) iaitu penggunaan sebuah kenderaan secara perkongsian seperti van dan bas kecil yang menggantikan kemudahan Bas Smart Selangor di kawasan berkepadatan tinggi dan mempunyai laluan sempit. Program ini telah dilancarkan pada 20 Oktober 2023.

  2. Apakah keberkesanan pelaksanaan program Bas Smart Selangor dan senaraikan rekod penumpang mengikut tahun sejak tahun 2018 hingga 2023 di Dun Bukit Lanjan?

    Kerajaan Negeri telah melaksanakan pemantauan Bas Smart Selangor secara menyeluruh di semua Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor. Laluan Bas Smart Selangor bagi DUN Bukit Lanjan adalah di bawah perkhidmatan yang disediakan oleh PJ City Bus di bawah pengurusan Majlis Bandaraya Petaling Jaya. Jumlah statistik penumpang yang menggunakan laluan tersebut dari tahun 2018 sehingga September 2023 adalah seramai 2,221,088 orang dan perincian seperti berikut:

     

    TAHUN

    JUMLAH PENUMPANG (ORANG)

    2018

    330,427

    2019

    778,459

    2020

    344,645

    2021

    255,270

    2022

    336,391

    2023

    175,896

    JUMLAH 2,221,088
  3. Minta senaraikan laluan dan masa perkhidmatan Bas Smart Selangor di Dun Bukit Lanjan

    Perkhidmatan PJ City Bus di DUN Bukit Lanjan (PJ06) melibatkan 5 buah bas dan telah mula beroperasi pada jam 6.00 pagi hingga 9.00 malam dengan frekuensi 30 hingga 40 minit dengan laluan sejauh 12 kilometer. Perkhidmatan PJ City Bus di DUN Bukit Lanjan (PJ06) juga mempunyai 36 perhentian

Lampiran

Tiada Lampiran.