Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

284) PENGANGKUTAN AWAM MELALUI JALAN KAMPUNG PINGGIRAN BANDAR

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Penduduk kampung yang bekerja di bandar terkesan dengan sikap bas awam yang tidak berminat melalui jalan kampung. Apakah tindakan kerajaan negeri untuk desak agensi pusat(federal) mempastikan pengangkutan awam terjamin bagi modal insan seluruh pelusuk negeri?

    Penyediaan jaringan pengangkutan awam adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Pusat yang seharusnya bertanggungjawab dalam memastikan negeri-negeri mempunyai jaringan perkhidmatan seperti bas dan teksi yang baik, selesa dan reliable namun ia masih bergantung kepada kesanggupan operator perkhidmatan bagi menyediakan perkhidmatan di kawasan-kawasan tertentu, termasuk di jalan kampung. Manakala Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) merupakan badan yang mengawal selia sistem pengangkutan awam yang lebih berperanan untuk menyediakan perkhidmatan bas di laluan-laluan yang diperlukan.

     

    Inisiatif Kerajaan Negeri menyediakan bas percuma merupakan satu usaha untuk menampung kekurangan yang gagal disediakan oleh Kerajaan Pusat. Walaupun Kerajaan Negeri berusaha sebaik boleh bagi menampung kekurangan tersebut, namun ianya turut bergantung kepada faktor-faktor tertentu seperti kesesuaian, keselamatan, peruntukan kewangan, perancangan pembangunan lain yang perlu diutamakan dan sebagainya.

     

    Pada masa yang sama, Kerajaan Negeri sentiasa memberikan sokongan terhadap pelaksanaan projek-projek seperti Light Rail Transit (LRT), Mass Rapid Transit (MRT), komuter, Bus Rapid Transit (BRT) dan High Speed Rail (HSR) yang mana pelaksanaannya dapat memenuhi keperluan setiap lapisan masyarakat.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.