Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

23 Ogos 2021 hingga 27 Ogos 2021, 30 Ogos 2021, 1 September 2021 hingga 3 September 2021 dan 6 September 2021

29) PENGANGKUTAN AWAM DUN RAWANG

Tahun: 2021

Sesi: 1

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan rancangan bagi pengangkutan awam di DUN Rawang.

    Untuk makluman Yang Berhormat Rawang, Kajian Pelan Induk Pengangkutan Awam Negeri Selangor dan Draf Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Selayang 2030 (Penggantian) telah memberi tumpuan bagi mengintegrasikan cadangan laluan rel baharu dengan laluan sedia ada untuk liputan yang lebih luas dan efisien di kawasan Rawang. Cadangan laluan tersebut adalah:

    1. Laluan utara bagi pengangkutan barangan Keretapi Tanah Melayu (KTM) bagi menghubungkan kawasan Serendah dengan Klang dengan mengambilkira potensi semasa Pelabuhan Klang;
    2. Laluan LRT Lingkaran 2 Utara (Rawang – Shah Alam) yang bersambung dengan sambungan MRT Barat;

    Kajian Pelan Induk Pengangkutan Awam Negeri Selangor juga mencadangkan 2 hub pertukaran antara KTM/LRT/Bas bertempat di Rawang dan Kuang bagi mengintegrasikan cadangan laluan rel baru, Laluan LRT Lingkaran 2 Utara (Rawang-Shah Alam) dengan laluan rel KTM sedia ada seperti Komuter dan ETS.

    Selain itu, Kajian Pelan Induk Pengangkutan Awam Negeri Selangor mencadangkan untuk Laluan LRT Lingkaran 2 Utara (Rawang – Shah Alam) bersambung dengan laluan sambungan MRT Barat menghubungkan Sg. Buloh-Elmina West-Klang di stesen Elmina West.

    Walau bagaimanapun, kesemua hasil cadangan berdasarkan kajian oleh Kerajaan Negeri tersebut merupakan cadangan-cadangan permulaan ini adalah sebagai titik permulaan untuk kajian yang lebih terperinci untuk menambahbaik kawasan ini sekaligus penduduk dari kawasan sekitar dapat bergerak ke Utara dan Selatan dengan lebih pantas menggunakan perkhidmatan rel terutama di waktu puncak, manakala kebolehlaksanaan projek pengangkutan seperti LRT dan MRT juga banyak bergantung kepada keupayaan oleh Kerajaan Pusat.

  2. Adakah Kerajaan merancang untuk memberi perkhidmatan MRT atau LRT di kawasan DUN Rawang?

    a) dan b) dijawab bersekali

Lampiran

Tiada Lampiran.