Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014
143) PENGANGKUTAN AWAM DI KAWASAN KG. MELAYU SUNGAI BULOH, KG. MATANG PAGAR, KG. SRI INDAH, TAMAN MATANG JAYA, TAMAN SRI PUTRA DAN TAMAN IMPIAN INDAH.
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk mewujudkan perkhidmatan bas awam atau di kawasan tersebut?
Kerajaan Negeri amat prihatin dalam menyediakan sistem pengangkutan awam yang baik terutamanya perkhidmatan bas awam di setiap peringkat Namun begitu, projek penambahbaikan perkhidmatan bas awam sedia ada akan dilaksanakan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) bersama Pihak Berkuasa Tempatan melalui Projek Penambahbaikan Bas Henti-henti atau Commuter Bus Improvement Project (CBIP).
Bagi mewujudkan perkhidmatan bas awam di kawasan-kawasan luar bandar seperti Kg. Melayu Sungai Buloh, Kg. Matang Pagar, Kg. Sri Indah, Taman Matang Jaya, Taman Sri Putra Dan Taman Impian Indah, pelaksanaan CBIP wajar mengambilkira kawasan tersebut pada fasa akan datang secara berperingkat.
-
Bilakah Kerajaan Negeri akan melaksana projek pengangkutan bas awam di kawasan tersebut?
Antara usaha lain yang menjadi hasrat Kerajaan Negeri adalah untuk menyediakan perkhidmatan bas percuma atau dikenali sebagai bas Pelaksanaan perkhidmatan bas percuma ini tertakluk di kawasan atau laluan yang dikenalpasti PBT berdasarkan kepada jumlah kepadatan penduduk, kekurangan atau tiada perkhidmatan bas ke kawasan tumpuan seperti pusat bandar.
Penyediaan perkhidmatan bas awam percuma yang telah dimulakan adalah di kawasan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ).
Kawasan-kawasan yang dinyatakan iaitu Kg. Melayu Sungai Buloh, Kg. Matang Pagar, Kg. Sri Indah, Taman Matang Jaya, Taman Sri Putra dan Taman Impian Indah adalah kawasan di dalam pentadbiran MBSA. Namun, buat masa ini perkhidmatan bas percuma yang disediakan bagi kawasan pentadbiran MBSA adalah di Hentian Pusat Bandar, Seksyen 14 dan melalui Seksyen 2, 7, 11, 14, 15, 16, 17 dan 18.
Kerajaan Negeri percaya bahawa PBT mempunyai perancangan rapi dalam mempertingkatkan mutu perkhidmatan bas yang disediakan. Sehubungan dengan itu, segala usaha yang dirancang dan dijalankan oleh Pihak Berkuasa Tempatan adalah selaras dengan perancangan Kerajaan Negeri untuk memastikan setiap kemajuan dalam pembangunan dapat dinikmati oleh semua golongan rakyat di Negeri Selangor.