Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014
256) PENGANGKUTAN AWAM DI KAWASAN KG. MELAYU SUNGAI BULOH, KG. MATANG PAGAR, KG. SRI INDAH, TAMAN MATANG JAYA, TAMAN SRI PUTRA DAN TAMAN IMPIAN INDAH
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk mewujudkan perkhidmatan bas awam atau di kawasan tersebut?
Kerajaan Negeri Selangor telah melaksanakan janji seperti yang dinyatakan dalam manifesto iaitu menyediakan pengangkutan awam percuma di Shah Alam, Petaling Jaya, Subang Jaya dan Kajang.
Bagi kawasan yang dinyatakan, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) telah mengemukakan cadangan pengangkutan awam kepada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan Kementerian Pengangkutan bagi memastikan kawasan tersebut diberi perhatian dan pertimbangan penyediaan perkhidmatan bas awam oleh syarikat pengangkutan yang berdaftar dengan SPAD.