Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

57) PENGANGKUTAN AWAM

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah rancangan jangka masa pendek, jangka masa sederhana dan jangka masa panjang Kerajaan untuk menambahbaik pengangkutan awam di seluruh Lembah Kelang?

    Kerajaan Negeri cakna terhadap keperluan rakyat dengan menyediakan kemudahan perkhidmatan bas awam untuk kegunaan masyarakat khususnya yang berpendapatan sederhana rendah seperti warga industri, pelajar, kakitangan kerajaan dan mereka yang memerlukan perkhidmatan bas ini untuk urusan harian. Perkhidmatan bas komuniti telah mula beroperasi untuk kemudahan orang ramai pada Julai 2008 di kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ). Setelah ia mendapat sambutan, program ini dikembangkan di kawasan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bermula 4 Mac tahun lalu. Program ini akan diperluas lagi dengan penglibatan dua (2) lagi pihak berkuasa tempatan (PBT) pada tahun ini iaitu, Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dan Majlis Perbandaran Klang (MPK).

    Dalam masa yang sama, hasil Kajian Pengangkutan Awam Negeri Selangor oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (JPBD) Selangor, Kerajaan Negeri dalam usaha memperluaskan perkhidmatan bas perantara (feeder bus) di kawasan MBPJ, MBSA, MPSJ, MPK dan MPAJ serta menaiktaraf perkhidmatan bas mini sebagai bas perantara.

    Dengan mengambilkira pembangunan jangka panjang, Kerajaan Negeri dalam proses merangka Selangor Public Transport Masterplan bagi memastikan penyediaan perkhidmatan dan kemudahan pengangkutan awam selari dengan pembangunan Negeri Selangor secara menyeluruh.

  2. Senaraikan inisiatif-inisitaf Kerajaan Negeri yang sudah dibawa kepada Kerajaan Persekutuan untuk tujuan ini.

    Pendaftaran dan pelesenan perkhidmatan pengangkutan awam darat adalah di bawah bidang kuasa dan fungsi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). Walaubagaimana pun, Kerajaan Negeri telah mencadangkan penambahbaikan dalam memastikan sistem pengangkutan awam Negeri Selangor.

    Selangor    dipertingkatkan.    Inisiatif    yang    dirangka    bagi    menambahbaik pengangkutan awam adalah dengan:

    • Menubuhkan Majlis Pengangkutan Awam Selangor (MPAS) yang bertindak sebagai pengendali/pelaksana induk atau penggubal dasar bagi sistem pengangkutan awam Selangor. Melalui penubuhan MPAS juga, satu Jawatankuasa Khas dibentuk khususnya untuk mengendalikan isu-isu teknikal dan membincangkan cadangan-cadangan baru pengangkutan awam yang dikemukakan untuk diputuskan oleh
    • Memperluaskan lagi pelaksanaan program pengangkutan awam percuma iaitu perkhidmatan bas komuniti secara berperingkat melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang terlibat dan memastikan program ini kekal untuk jangka masa yang
    • Memastikan pelaksanaan projek-projek pengangkutan awam darat seperti Light Rail Transit (LRT) 3, Mass Rapid Transit (MRT) 2 dan High Speed Rail (HSR) diselaraskan dengan Rancangan Struktur Negeri (RSN).
    • Menyokong pelaksanaan Bus Rapid Transit (BRT) yang dijangka dapat membantu usaha Kerajaan Negeri dalam mengurangkan kebergantungan terhadap kenderaan persendirian yang menyebabkan masalah kesesakan jalanraya di kawasan bandar.

Lampiran

Tiada Lampiran.