Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024

332) PENGANGKUTAN AWAM

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Datuk Abdul Rashid Bin Asari

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk menambah baik pengangkutan awam supaya dapat memanfaatkan lebih ramai rakyat di Negeri Selangor?

    Kerajaan Negeri Selangor Bersama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) amat prihatin terhadap kepentingan meningkatkan sistem pengangkutan awam di negeri ini, terutamanya dalam usaha untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas dan meningkatkan aksesibiliti kepada masyarakat. Beberapa perancangan dan inisiatif akan diambil untuk mencapai matlamat tersebut, seperti berikut:

     

    • Membangunkan sebuah pelan pengangkutan awam yang komprehensif, yang memberi fokus kepada penyediaan perkhidmatan jaringan pengangkutan yang menyeluruh dan dapat memenuhi keperluan ‘First Mile, Last Mile’;

     

    • Bekerjasama dengan Agensi Persekutuan seperti Prasarana dan RapidKL dalam memperluaskan rangkaian stesen LRT dan stesen bas di kawasan-kawasan strategik, terutamanya di kawasan yang mengalami kesesakan teruk seperti di Shah Alam, Subang Jaya, dan Klang;

     

    • Memberi perhatian kepada penambahbaikan mutu perkhidmatan pengangkutan awam, dengan menambahbaik kemudahan seperti perhentian bas dan kemudahan pejalan kaki seperti laluan pejalan kaki berbumbung untuk keselesaan pengguna; dan

     

    • Memperkenalkan sistem pengurusan lalu lintas pintar dan aplikasi mudah alih yang memudahkan orang ramai untuk merancang perjalanan serta mendapatkan maklumat terkini mengenai perkhidmatan pengangkutan awam.
  2. Bilakah perkhidmatan Bas Smart Selangor akan menambah laluan ke dalam DUN Selat Klang?

    Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) telah menyediakan 10 buah bas Smart Selangor dengan 7 laluan di kawasan pentadbiran MBDK. Setakat ini, MBDK tidak mempunyai perancangan untuk menambah laluan baharu.

Lampiran

Tiada Lampiran.