Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023
10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)
97) PENGANGKUTAN AWAM
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Quah Perng Fei
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah Bas Smart Selangor yang beroperasi dan kosnya setakat hari ini?
Sejak dilancarkan pelaksanaan perkhidmatan Bas Smart Selangor pada 1 Julai 2015 sehingga kini, Kerajaan Negeri telah membelanjakan sebanyak RM169,495,461.15′ dengan memberi manafaat kepada pengguna seramai 65,105,588 orang di dua belas (12) kawasan pentadbiran PBT di Negeri Selangor. Kini Perkhidmatan Bas Smart Selangor menawarkan sebanyak 57 laluan dengan kapasiti penggunaan sebanyak 155 buah bas.
-
Adakah laluan bas akan ditambah memandangkan pembangunan Selangor yang pesat?
Kerajaan Negeri mahupun Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sentiasa komited dalam memberikan perkhidmatan terbaik serta membuat penambahbaikan dari semasa ke semasa demi memenuhi keperluan dan kepentingan awam. Melalui Mobiliti Selangor Kerajaan Negeri memperkenalkan perkhidmatan van Demand Responsive Transit (DRT) di kawasan yang tidak dapat dicapai dengan perkhidmatan Bas Smart Selangor. Buat permulaan perkhidmatan van DRT dalam proses pelaksanaan sebagai projek rintis di Puchong, Ampang dan Subang Jaya dan Bandar Utama sebelum perkhidmatan van DRT ini diperluas ke kawasan yang lain.
-
Adakah kajian dapat mencadangkan bas mini atau van dari rumah atau taman untuk ke stesen bas atau stesen LRT pada masa akan datang?
Kerajaan Negeri dalam proses pelaksanaan Projek Rintis DRT, iaitu mod pengangkutan menggunakan van atau bas bersaiz kecil untuk menampung keperluan penggunaan di kawasan-kawasan berkepadatan tinggi dan sukar untuk dicapai oleh Bas Smart Selangor. Selain itu, PBT juga boleh mengenalpasti keperluan penggunaan DRT untuk tujuan pengangkutan dari rumah atau taman untuk ke stesen bas atau stesen LRT pada masa akan datang bagi meningkatkan capaian first mile last mile.