Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021
26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021
9) PENGANGKUTAN AWAM
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Bagi memudahkan pengangkutan awam masuk ke kawasan-kawasan tertentu dengan lebih menyeluruh dan kerap, adakah kerajaan merancang menggantikan bas panjang dengan bas mini atau van?
Keupayaan Kerajaan Negeri dalam menyediakan pengangkutan awam adalah terhad kepada perkhidmatan Bas Smart Selangor sahaja yang diuruskan oleh Pihak-pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bergantung kepada kemampuan kewangan Kerajaan Negeri dan PBT sendiri. Bagi penyediaan untuk pengangkutan awam yang lebih menyeluruh termasuk perkhidmatan bas awam atau bas henti-henti, ianya merupakan tanggungjawab utama Kerajaan Persekutuan kepada negeri-negeri melalui Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) selaku agensi pengawal selia yang merencana pelan serta hala tuju perancangan Kerajaan Persekutuan di dalam pengangkutan awam untuk memastikan jaringan pengangkutan awam darat khususnya perkhidmatan bas dapat beroperasi serta menghubungkan lebih banyak kawasan.
Bagi perkhidmatan Bas Smart Selangor, laluan-laluan bas ini masih tertakluk kepada kelulusan daripada APAD yang tidak membenarkan Bas
Smart Selangor beroperasi di laluan selain daripada laluan sosial mahupun laluan di bawah zon kendalian operator sedia ada.
Dari segi perancangan untuk menggantikan bas panjang dengan bas mini atau van dalam perkhidmatan Bas Smart Selangor, Kerajaan Negeri menggalakkan serta mengesyorkan agar semua PBT untuk mengkaji kesesuaian penggunaan bas berkenaan mengikut keperluan dari semasa ke semasa berdasarkan kos, kekerapan bas, laluan dan jarak. Penambahan atau pengurangan jumlah bas dan laluan adalah tertakluk kepada kemampuan PBT memandangkan ianya memberikan implikasi sangat besar terhadap kewangan sedia ada serta tidak membebankan PBT bagi mengekalkan perkhidmatan bas ini untuk jangka masa yang panjang.