Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010
171) PENGANGKUTAN AWAM
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah status kajian pengangkutan awam di Negeri Selangor?
Kajian Pengangkutan Awam di Negeri Selangor merupakan salah satu Pakej
Rangsangan Ekonomi Kerajaan Negeri Selangor. Antara langkah yang diambil adalah
Memperluaskan Sistem Pengangkutan Awam di Negeri Selangor secara lebih
menyeluruh diberikan tumpuan khusus di dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Kerajaan
Negeri Selangor. Antara program penting yang menjadi teras adalah seperti berikut :
i. Memastikan pengukuhan sistem pengangkutan awam di Negeri Selangor dapat
meningkatkan kualiti hidup masyarakat.
ii. Modal Split dari 90:10 ke 50:50.
iii. ‘One Hour Public Transport Model’
iv. Cadangan sambungan LRT Laluan Ampang dan LRT Laluan Kelana Jaya.
i. Menyambung Laluan LRT dari Kelana Jaya ke Klang dan Laluan Kota Damansara
ke Kajang.
v. Terminal pengangkutan Awam Bersepadu (Bas, Teksi, LRT diintegrasikan dalam
terminal pengangkutan awam seperti di Bandar Tasik Selatan, Taman Melati dan
Sungai Buloh).
vi. Menambah penyediaan sistem pengangkutan ke seluruh kawasan dalam Negeri
Selangor.
vii. Menambah perkhidmatan ‘bas henti-henti’ antara bandar dalam Negeri Selangor.
viii. Cadangan Priority Bus Lane.
ix. Cadangan Water Base Public Transport dari Muara Sungai Klang melalui Bandar
Klang MPK, MBSA sehingga ke MPSJ.
Sehingga kini, kajian pengangkutan awam yang sedang dijalankan secara khususnya
adalah Projek Cadangan sambungan LRT Laluan Ampang (AMG) dan LRT Laluan
Kelana Jaya (KLJ). Projek ini akan dibina oleh Syarikat Prasarana Negara Berhad
(SPNB).
Sambungan LRT Laluan Ampang sepanjang 17.7 km akan bermula dari Stesen Sri
Petaling sedia ada dan berakhir di Puchong/USJ – Bandar Putra Heights. Bagi
sambungan LRT Laluan Kelana Jaya sepanjang 17 km akan bermula dari Stesen
Kelana Jaya dan berakhir di Puchong/USJ – Bandar Putra Heights. Daripada 26 stesen,
sebanyak 13 stesen akan disediakan kemudahan ‘Park & Ride’ dengan disediakan
tempat letak kereta keseluruhan berjumlah 5,872. -
Siapakah ahli jawatankuasa dan latar belakangnya?
Projek Memperluaskan Sistem Pengangkutan Awam Negeri Selangor di bawah Pakej
Rangsangan Ekonomi Kerajaan Negeri Selangor adalah di bawah Sekretariat Pejabat
Menteri Besar Selangor. -
Jangkaan dalam berapakah tahun kerajaan Selangor boleh memajukan sistem pengangkutan awam ?
Sehingga kini, masih belum ditetapkan jangkaan masa secara khusus Kerajaan Negeri
boleh memajukan Sistem Pengangkutan Awam. Jangkaan masa ini adalah berkait rapat
dengan peruntukan kewangan dan pihak-pihak yang terlibat untuk membangunkannya
serta terdapat kekangan daripada faktor penduduk dan pembangunan sekitar. Walau
bagaimanapun di dalam Hala Tuju Perancangan dan Pembangunan Negeri Selangor
telah menetapkan sasaran perancangan Sistem Pengangkutan Awam sehingga tahun
2025.