Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011
28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011
182) PENGANGKUTAN AWAM
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang melaksanakan kemudahan pengangkutan bas awam percuma seperti yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang?
- Kerajaan Negeri masih belum mempunyai sebarang perancangan bagi melaksanakan kemudahan pengangkutan bas awam percuma memandangkan kos pelaksanaan yang tinggi. Namun begitu Kerajaan Negeri sentiasa melihat kebarangkalian bagi menyediakan kemudahan pengangkutan bas awam percuma seperti yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Pulau Pinang. Akan tetapi pelbagai faktor harus diambil kira seperti keluasan kawasan liputan dan sambutan terhadap perkhidmatan yang
-
Jika tidak, sila berikan butir-butir
- Bagi pentadbiran Negeri Selangor, MBPJ merupakan PBT yang pertama menyediakan perkhidmatan bas komuniti kepada penduduk di kawasan MBPJ yang berpendapatan rendah dan warga emas. Perkhidmatan ini diberikan dari jam 9.30 pagi sehingga jam 2.30 petang dan hanya berkapasiti seramai 30 orang.
-
Jika ya, bilakah ia akan dilaksanakan? Sila berikan butir-butir.