Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 April 2010 hingga 14 April 2010

110) PENGANGKUTAN

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Tuan Haji Hasiman Bin Sidom

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri telah menyediakan Pelan Pembangunan (Blueprint) untuk jaringan pengangkutan negeri yang cekap dan berkesan?

    1. Kerajaan Negeri telah menyediakan Pelan Pembangunan untuk jaringan pengangkutan Negeri. Ini adalah berdasarkan kepada Rancangan Struktur Negeri Selangor 2020 (RSN Selangor 2020) yang diwartakan pada 14 Jun 2007 No Warta 1541. RSN Selangor 2020 memberi penekanan kepada konsep pembangunan 2020 memberi penekanan kepada konsep pembangunan berorientasikan transit. Konsep tersebut adalah  untuk mewujudkan rangkaian perhubungan infrastruktur dan perkhidmatan pengangkutan  awam yang cekap serta pembangunan perbandaran yang tertumpu di kawasan pusat transit. Ia bertujuan untuk mengoptimumkan bersepadu di samping mengatasi masalah kesesakan dan konflik lalu

     

    RSN Selangor 2020 telah menggariskan lima (5) dasar-dasar yang berkaitan dengan sistem pengangkutan secara menyeluruh iaitu :-

     

    1. Dasar FZ 14 – Sistem Pengangkutan Awam Bersepadu Dilaksanakan Di Semua Bandar Untuk Mempertingkatkan Penggunaan Semua Mod
    2. Dasar FZ 15 – Sistem Pengurusan Permintaan Perjalanan (Travel Demand Management) Perlu Dilaksana Bagi Mewujudkan Sistem Pengangkutan Bandar Yang
    • Dasar FZ 16 – Sistem Pengangkutan Awam Perlu Diperluaskan Untuk Mengintegrasikan Perkhidmatan Pengangkutan Berasaskan
    1. Dasar FZ 17 – Kemudahan Sokongan Pengangkutan Yang Selamat Dan Mesra Pengguna Perlu Disediakan Dengan Mencukupi, Menyeluruh Dan
    2. Dasar FZ 37 – Perkhidmatan Pengangkutan Awam Bersepadu Dan Pendekatan ‘Travel Demand Management’ Perlu Dilaksanakan Di Bandar-Bandar

     

     

     

     

     

    Dasar-dasar tersebut adalah menjurus kepada mengadaptasikan konsep  ‘Transit Oriented Development ‘ (TOD) di dalam dasar pembangunan di Negeri  Selangor.  Selaras dengan RSN Selangor 2020, konsep TOD telah diterapkan secara khusus di dalam Rancangan-rancangan Tempatan dan Draf-draf Rancangan Tempatan di Negeri Selangor. Cadangan-cadangan sistem pengangkutan bersepadu ini mengintegrasikan pengangkutan berasaskan rel, jaringan jalan raya dan terminal pengangkutan awam bersepadu.

     

    Di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi 2009 Kerajaan Negeri Selangor yang telah diumumkan, sistem pengangkutan awam merupakan salah satu perkara penting yang diberi tumpuan khusus. Antara program penting yang menjadi teras adalah  seperti  berikut :

     

    1. Memastikan pengukuhan sistem pengangkutan awam di Negeri Selangor dapat meningkatkan kualiti hidup
    2. Modal Split dari 90:10 ke 50:50
    • ‘One Hour Public Transport Model’
    1. Cadangan sambungan LRT Laluan Ampang dan LRT Laluan Kelana
    2. Menyambung Laluan LRT dari Kelana Jaya ke Klang
    3. Terminal Pengangkutan Awam Bersepadu (Bas, Teksi, LRT diintegrasikan dalam terminal pengangkutan awam).
    • Menambah penyediaan sistem pengangkutan ke seluruh kawasan dalam Negeri Selangor.
    • Menambah perkhidmatan ‘bas henti-henti’ antara bandar dalam Negeri Selangor

     

    Untuk persaingan yang lebih kompetitif di dalam pembangunan serta untuk keselesaan pengangkutan pengguna, sistem-sistem berasaskan rail, tram, priority bus lane dan bus rapid transit akan dipertimbangkan untuk pelaksanaan.

     

    Kerajaan Negeri juga telah memberi pandangan dan supaya cadangan sistem pengangkutan awam di dalam Pelan Tempatan Bandar raya Kuala Lumpur 2020 diselaraskan dengan Kajian Pelan Integrasi Pengangkutan Awam dan Guna tanah Lembah Klang. Cadangan pengangkutan awam berasaskan rel di  dalam  Pelan Tempatan Bandar raya Kuala Lumpur 2020 perlu mengambil kira kedudukan Negeri Selangor dan pusat-pusat pertumbuhannya terutama lima (5) Pihak Berkuasa Tempatan yang terlibat iaitu MBPJ, MPSJ, MPKj, MP Selayang dan MPAJ.

     

  2. Apakah justifikasi manfaat jangka pendek dan jangka panjang perpindahan terminal pengangkutan Klang Sentral yang telah menyebabkan bantahan serta kontroversi?

    1. Manfaat jangka pendek

     

    1. Mengurangkan kesesakan lalu lintas di Pusat Bandar
    2. Menyediakan kawasan yang lebih luas untuk penempatan bas-bas kerana terminal sedia ada tidak mampu menampung pertambahan bas berikutan permintaan penduduk yang bertambah kesan dari pembangunan yang pesat di Daerah Klang
    • Menyediakan terminal yang lebih selesa dengan pelbagai kemudahan seperti tempat menunggu berhawa dingin, surau, kiosk, kedai makan dan lain-lain.

     

    Manfaat jangka panjang

     

    1. Meningkatkan ekonomi penduduk di kawasan sekitarnya dan Pekan Meru
    2. Pemangkin kepada pembangunan yang lebih pesat di kawasan
  3. Berapa nilai pelaburan yang telah diperoleh untuk menaik taraf pengangkutan awam di Selangor?

    1. Jawatankuasa Mengkaji Soalan Dewan yang bermesyuarat pada 30 Mac 2010 telah menolak soalan

Lampiran

Tiada Lampiran.