Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)

339) PENGANGGURAN LUAR BANDAR

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Puan Nurul Syazwani Binti Noh

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah Dasar Kerajaan Negeri dalam membantu sektor pertanian dan perladangan bagi membantu mengurangkan kadar pengangguran di luar bandar?

    Kerajaan Negeri memberikan fokus kepada memberi latihan/kursus/hands on jangka pendek dan panjang. Selain itu, penyediaan insentif dan geran dalam menggalakkan minat golongan belia menceburi bidang pertanian seperti berikut:

     

    1. Pembangunan Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM)
    2. Pembangunan Tanaman Kelapa
    3. Pembangunan Tanaman Buah-buahan
    4. Pembangunan Tanaman Sayur-sayuran dan Kontan
    5. Pembangunan Teknologi Fertigasi
    6. Pembangunan Tanaman Industri, Florikultur dan Herba
    7. Pembangunan Tanaman Padi
    8. Pembangunan Tanaman Makanan Ternakan
    9. Pembangunan Pengeluaran Lebah Madu dan Kelulut
    10. Pembangunan Produk Hiliran Pertanian
  2. Selain dari pertanian, adakah Kerajaan Negeri mempunyai perancangan untuk memberi lebih peluang ekonomi baru seperti perindustrian dan pelancongan di Kawasan Tanjong Karang?

    Ya, melalui Draf Awal Rancangan Tempatan MPKS 2035 (Penggantian) telah mengezonkan bahagian utara Tanjong Karang (berhampiran Jalan LP5) sebagai kawasan pembangunan perumahan dan perniagaan bagi memberi peluang ekonomi baru di Tanjong Karang disamping kesan rebakan pembangunan Sekinchan. Walaubagaimanapun, ia tertakluk kepada proses-proses sehingga pewartaan RT dijangka awal tahun 2025.

    Ya, selain daripada pertanian, Kerajaan Negeri Selangor mempunyai beberapa perancangan untuk meningkatkan peluang ekonomi di Kawasan Tanjong Karang, terutamanya dalam sektor pelancongan. Berikut adalah beberapa tempat menarik yang ada di Tanjong Karang :

    1. Taman Agroteknologi Mardi Tanjong Karang
    2. Agro Tourism Homestay Sg Sireh
    3. Trem Chelurut
    4. Pantai Sg. Kajang
    5. Wall Fest Tanjong Karang
    6. ATV KAB
    7. Fun Ride ATV
    8. Marisha Kraftangan
    9. Laman Santai D’JRM
    10. Galeri Pengairan Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor
    11. Corteva Agriscience
    12. Jeti Kunci Air Buang

    Laman Pancing Sawah Padi

Lampiran

Tiada Lampiran.