Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)
141) PENGANGGURAN DIKALANGAN ANAK MUDA
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Wan Dzahanurin Bin Ahmad
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah kadar pengangguran belia bagi tempoh pasca pandemik Covid-19 (2020-2024)?
Kadar pengangguran belia di Selangor terus menunjukkan trend penurunan apabila, mengikut rekod Jabatan Perangkaan, bilangan penganggur di negeri Selangor yang direkodkan pada tahun 2020 adalah seramai 156,200 orang dengan kadar pengangguran pada 4.3 peratus. Pada 2021, bilangan penganggur belia di Selangormerekodkan seramai 94,800 orang berbanding berbanding 67,200 orang pada 2022. Dari segi kadar pengangguran (tahun 2022) pula mencatatkan penurunan 1.3 mata peratus kepada 5.5 peratus berbanding tahun 2021.
-
Sejauh mana keberkesanan kaedah pengurangan kadar pengangguran melalui program-program yang telah dijalankan oleh kerajaan Selangor?
Kerajaan Negeri di bawah Jawatankuasa Tetap Sumber Manusia komited dalam membantu mengawal dan mengurangkan kadar pengangguran di kalangan rakyat negeri Selangor terutamanya golongan belia. Program Jelajah Jobcare adalah salah satu program utama anjuran Jawatankuasa Tetap Sumber Manusia dengan usahasama bersama Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) khusus untuk membantu rakyat B40 negeri Selangor yang sedang mencari atau kehilangan pekerjaan untuk mendapatkan pekerjaan. Program tahunan berkonsepkan pameran kerjaya ini dilaksanakan secara berperingkat di sembilan (9) daerah dalam negeri Selangor dan memfokuskan masyarakat tempatan sebagai kumpulan sasaran utama.
Program jelajah Jobcare 2023 telah berjaya memberi peluang pekerjaan kepada 228 pengunjung melalui temuduga kali pertama di tapak program manakala 1,170 pengunjung telah ditawarkan temuduga kali kedua. Maklumat berkenaan jumlah keseluruhan pengunjung bagi pelaksanaan Program Jelajah Jobcare tahun 2023 adalah seperti berikut :
Untuk makluman ahli Yang Berhormat, Program Jelajah Jobcare ini dilihat amat berkesan dalam membantu mengurangkan kadar pengangguran dan akan ditambahbaik lagi pada tahun 2024 agar lebih ramai pencari kerja mendapat manfaat. Antara cadangan penambaikan adalah menyediakan khidmat bimbingan secara percuma kepada pengunjung program jelajah untuk mempelajari asas penyediaan resume mengikut piawaian semasa dan kemahiran menghadiri temuduga yang berkesan. Selain itu, hebahan juga akan dipergiat dengan mempelbagaikan saluran promosi agar mencapai liputan yang lebih luas.
Selain pameran kerjaya, Program BikeCare – 1000 yang diperkenalkan pada tahun 2022 telah membantu 100 orang pekerja untuk terlibat dalam perkhidmatan penghantaran dan pembungkusan sekaligus menjana pendapatan dalam ekonomi Gig. Bagi tahun 2023, seramai 200 pekerja ekonomi Gig yang berkelayakan dijangka menerima manfaat penyaluran bantuan deposit atau wang pendahuluan berjumlah RM1,000 bagi membeli sebuah motosikal bersesuaian.
Pelbagai lagi program anjuran Kerajaan Negeri di bawah Jawatankuasa Tetap Sumber Manusia telah memberi manfaat dan menggalakkan penglibatan dalam sektor pekerjaan terutamanya di kalangan belia negeri Selangor. Antaranya, Program Gigcare – 1000 (pembiayaan caruman perlindungan di bawah Skim Keselamatan Sosial), Program Jaminan Kerja Selangor (pameran kerjaya usahasama Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia(PERDASAMA)) dan program Latihan dan penempatan pekerja (usahasama dengan Institusi Pengajian Tinggi).