Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014
202) PENGANGGURAN DI SELANGOR
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan jumlah belia yang menganggur di Selangor dari tahun 2008 hingga kini?
Klasifikasi belia yang digunapakai oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) adalah berasaskan kepada Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO). Menurut ILO, belia merujuk kepada mereka yang berumur 15 hingga 24 tahun (dalam tahun genap pada hari jadi terakhir) semasa minggu rujukan.
Sehubungan ini, bilangan belia menganggur bagi tahun 2008-2013, adalah seperti berikut:
Jadual 1: Bilangan belia yang menganggur (15-24), Negeri Selangor 2008-2013
Tahun Jumlah (‘000) 2008 31.7 2009 36.2 2010 45.4 2011 30.8 2012 30.3 2013 30.9 Jumlah 205.3 Sumber : 1 Penyiasatan Tenaga Buruh, Jabatan Perangkaan Malaysia.
Nota:
Konsep dan definisi yang digunapakai dalam Penyiasatan Tenaga Buruh adalah berdasarkan garis panduan International Labour Office (ILO) iaitu Manual on concepts and methods of surveys of economically active population, employment, unemployment and underemployment.
-
Apakah tindakan kerajaan negeri bagi mengatasi masalah pengangguran dari terus meningkat?
Antara tindakan dan langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri bagi mengatasi masalah pengangguran adalah dengan mengadakan programprogram yang menyediakan peluang pekerjaan seperti berikut :
- kerjasama dengan Selangor State Investment Centre (SSIC) bagi mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dengan mengadakan program promosi (pengiklanan melalui local and international magazine seperti Foreign Direct Investment, in flight magazine, mengadakan lawatan ke luar negara bersama Malaysian Investment Development Authority – MIDA dan menyertai pameran perdagangan bertujuan menarik pelabur dari dalam dan luar negara.
- Program Jom Kerja berbentuk Karnival yang telah diadakan di semua daerah di Negeri Selangor bermula tahun 2009 – 2014 dengan kehadiran seramai 8,433 pemohon, selain itu pemohon diberi pendedahan khidmat nasihat serta pengalaman cara bagaimana sesi temuduga diadakan. Maklumat terperici pelaksanaan program seperti di Lampiran A;
- mlalui tajaan pelajar di kolej INPENS terutamanya kepada pelajar-pelajar yang berpendapatan rendah dengan jumlah tajaan sebanyak RM6,550 dan telah menaja seramai 2,515 orang Pelajar bermula tahun 2008 hingga 2014;
- menganjurkan beberapa program kerjaya khusus untuk belia dan ibu tunggal bagi memberikan pendedahan mengenai peluang – peluang perniagaan yang boleh diceburi serta maklumat-maklumat bantuan kewangan seperti :
- Kursus Asas Keusahawanan;
- Kursus Pemasaran;
- Kursus Pengurusan Kewangan; dan
- Kursus Rancangan Perniagaan
Melalui program seminar tersebut, para peserta akan didedahkan kepada peluang-peluang perniagaan yang boleh diceburi serta maklumat – maklumat berkenaan dengan bantuan-bantuan kewangan untuk tujuan perniagaan dari agensi – agensi Kerajaan Negeri seperti Skim Mikrokredit Selangor (SkimSel), Skim Mikrokredit Miskin Bandar (MiMBAR), bank-bank komersial seperti Agro bank, BSN serta agensi Kerajaan Pusat seperti PUNB (Perbadanan Usahawan Nasional Berhad).
Selain itu, melalui Geran Selangorku, Kerajaan Negeri telah menyediakan peruntukan bantuan perniagaan bagi membantu belia-belia yang berpotensi dalam bidang berkenaan terutamanya bekas-bekas pelajar INPENS.
Di samping itu, Kerajaan Negeri turut menyediakan bantuan berbentuk mesinmesin pemprosesan kepada usahawan-usahawan termasuk golongan belia yang telahpun memulakan perniagaan mereka tetapi kekurangan modal untuk membeli mesin – mesin pemprosesan tersebut.
Selain itu, pihak kerajaan dengan kerjasama Kumpulan Perangsang Selangor Berhad telah melaksanakan Program Rangsangan Kerjaya Siswazah Selangor (RKSS) bertujuan untuk membantu para siswazah Selangor yang masih belum mendapat pekerjaan dalam mempertingkat pengetahuan dengan menyediakan kursus-kursus kemahiran umum dan khusus.
Objektif utama Program RKSS ini adalah untuk membantu para siswazah Selangor yang masih belum mendapat pekerjaan untuk mempertingkat pengetahuan dan keupayaan diri mereka melalui penyediaan latihan samada dalam bentuk kemahiran umum (softskill) atau kemahiran-kemahiran khusus seperti kemahiran teknikal dan sebagainya. Program ini dilaksanakan dalam dua (2) fasa utama iaitu :
Fasa I : Penyediaan kursus dan latihan yang strategik untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan, nilai diri dan keyakinan siswazah-siswazah dalam Negeri Selangor bagi membolehkan mereka lebih bersedia untuk mendapatkan pekerjaan atau memulakan perusahaan perniagaan sendiri; dan
Fasa II : Penyediaan Latihan di Tempat Kerja (On-The-Job Training) dan usaha untuk membuat rekomendasi kepada majikan-majikan yang relevan bagi siswazah-siswazah yang telah menamatkan kursus.
Program Rangsangan Kerjaya Siswazah Selangor (RKSS) secara percuma kepada mahasiswa Selangor (lepasan Diploma dan Ijazah) sejak September 2011 hingga Disember 2012 seramai 735 orang telah terlibat di dalam program ini. Manakala pada tahun 2013, Program Rangsangan Kerjaya Siswazah Selangor (RKSS) telah ditukar kepada Rangsangan Kerjaya Rakyat Selangor (RKRS), di mana majlis pelancaran telah diadakan sempena Karnival RKRS di Stadium Tertutup Kuala Selangor pada 15-16 Disember 2012. Karnival RKRS telah dilaksanakan buat kali kedua pada 23-24 Februari 2013 di Dewan Bunga Kertas Seksyen U2 TTDI Jaya, Shah Alam bagi memberi peluang kepada orang ramai untuk menyertai kursus-kursus latihan yang disediakan. Program RKRS terbuka kepada belia, mahasiswa, surirumah dan pesara ditawarkan secara percuma dan telah berjaya melibatkan seramai 1047 orang. Maklumat terperinci mengenai senarai kursus seperti di Lampiran B.
Kumpulan Perangsang Selangor Berhad melihat projek ini sebagai sokongan kepada inisiatif Kerajaan Negeri untuk mengatasi isu pencarian kerja di kalangan belia selain meningkatkan skill employability belia-belia.
LAMPIRAN A
PENCAPAIAN PROGRAM JOM KERJA BERMULA TAHUN 2009 – MEI 2014
Bil Daerah Tarikh Program Syarikat Terlibat Pemohon : Berdaftar
(Orang)
Pemohon : Berjaya
Ditemuduga
(Orang)
1. Sabak Bernam dan Kuala
Selangor
7 – 8 Nov 2009 20 buah 1,078 480 2. Kuala Langat 14 – 15 Dis 2009 16 buah 1,672 670 3. Klang 9 – 10 Jan 2010 29 buah 2,060 886 4. Petaling 3 – 4 April 2010 22 buah 400 187 5. Hulu Selangor 18 April 2010 20 buah 141 81 6. Sepang 9 Okt 2010 10 buah 211 137 7. Hulu Langat 13 Nov 2010 8 buah 144 118 8. Gombak 27 Nov 2010 9 buah 107 52 9. Kuala Langat 18 Jun 2011 11 buah 70 31 10. Klang 30 – 31 Mac 2013 23 buah 884 304 11. Kuala Selangor 8 Februari 2014 17 buah 1,166 426 12. Kuala Langat 6 April 2014 12 350 251 13. Hulu Langat 11 Mei 2014 10 150 82 JUMLAH 8,433 3,705 LAMPIRAN B
PENCAPAIAN PROGRAM RANGSANGAN KERJAYA RAKYAT SELANGOR (RKRS) – RKSS/ RKRS 2011 – 2012
BIL KURSUS PENGETAHUAN / KEMAHIRAN TEMPOH PENYEDIA LATIHAN JUMLAH PESERTA 1. Pembangunan Kemahiran
Siswazah
• Kemahiran sebagai eksekutif dan pentadbir • Pengurusan diri yang berkesan di tempat kerja
2 Minggu (14 hari) Malaysian Institute of
Management
(MIM)
42 2. Pembangunan Usahawan
Muda
Kemahiran sebagai usahawan yang berdedikasi, bersemangat waja, berfikiran jauh dan mempunyai daya
saing tinggi
4 Minggu (30 hari) Corporate Education
Development
Centre
(CEDC)
57 3. Perbankan dan Kewangan Islam
Pengetahuan asas dalam perbankan dan kewangan Islam 11 Minggu
(33 jam)
Pusat Pengajian At-
Tibyan dan MIM
38 4. Pentadbir IT (IT
Administrator),
Sijil
Keselamatan
& Selenggara LAN dan Sijil
Membaiki
Komputer)
• Kemhairan dalam pengurusan perkakasan (server, suis, penghala dll), reka bentuk web dsb. • Kemahiran dalam
pengurusan server, reka
• bentuk rangkaian & keselamatan dan penyelesaian masalah.
• Kemahiran
membaiki dan
5 Minggu (25 hari) Significant Technologies Sdn. Bhd. (SigTech)
47 penyelesaian masalah (perkakasan & perisian) 5. Fiber Untuk Juruteknik Kemahiran dalam pengendalian kabel fiber optik dan rangkaian. 2 Minggu (10 hair) Significant Technologies Sdn. Bhd. (SigTech)
60 6. Kreativiti Dan Inovasi Pengetahuan tentang kreativiti dan inovasi.
1 Minggu (5 hari)
Significant Technologies Sdn. Bhd. (SigTech)
13 7. Pengurusan & Operasi Halal Pengetahuan tentang pengurusan pengsijilan halal Malaysia. 2 Minggu (10 hari) Significant Technologies Sdn. Bhd. (SigTech)
196 8. Adobe Photoshop &
Microsof
Office
Pengetahuan & kemahiran reka bentuk menggunakan
perisian Adobe Photoshop &
Microsoft Office
3 Minggu (15 hari) Significant Technologies Sdn. Bhd. (SigTech)
18 9. Industri Maritim/
Perkapalan
Pengetahuan & kemahiran dalam bidang marin/perkapalan laut dalam 4 Minggu (30 hari) Myous Maritime Sdn. Bhd.
45 10. Pembuatan Pakaian
Lelaki dan
Wanita
Pengetahuan dan kemahiran pembuatan pakain lelaki dan wanita 12 Minggu
(3 bulan)
Akademik Jahitan
Kamsiah
47 11. Percetakan Segera (Flash
Stamp
Printing)
Pengetahun dan kemahiran keusahawan dalam bidang percetakan segera 3 hari ANQR Flash Stamp Agency Sdn.
Bhd.
83 12. Pendidikan Awal KanakKanak
Pengetahun dan kemahiran pengurusan pusat pendidikan awal kanak-kanak 4 Minggu (1 bulan) Pro-Intellect Consultancy Sdn. Bhd.
30 13. Penjagaan rambut (Hairdressing)
Pengetahuan dan kemahiran keusahawanan dalam bidang berdandanan/penjag aan rambut (hairdressing) 16 Minggu
(4 bulan)
MSI Academy
Sdn. Bhd.
15 14. Perunding Pelancongan
(Tourist
Guide)
Pengetahuan dan kemahiran keusahawanan dalam bidang perundingan pelancongan 16 Minggu
(4 bulan)
MSI Academy
Sdn. Bhd.
14 15. Penternakan Pengetahuan dan kemahiran keusahawanan dalam bidang penternakan lembu, kambing, ayam, itik, burung puyuh 1 Minggu (6 hari)
Akademik MJ Fatonah Sdn. Bhd.
30 JUMLAH KESELURUHAN 2011-2012 735 PENCAPAIAN PROGRAM RANGSANGAN KERJAYA RAKYAT SELANGOR (RKRS) – RKRS 2013
BIL KURSUS PENGETAHUAN / KEMAHIRAN TEMPOH PENYEDIA LATIHAN JUMLAH PESERTA 1. Pembangunan Kemahiran
Siswazah
• Kemahiran sebagai eksekutif dan pentadbir
• Pengurusan diri yang berkesan di tempat kerja
2 Minggu (14 hari) Malaysian Institute of
Management
(MIM)
70 2. Perbankan dan Kewangan Islam
Pengetahuan asas dalam perbankan dan kewangan Islam 11 Minggu
(33 jam)
Pusat Pengajian
At-Tibyan dan MIM
54 3. Pentadbir IT (IT Administrator),
Sijil
Selenggara
LAN dan Sijil
Membaiki
Komputer)
• Kemhairan dalam pengurusan perkakasan (server, suis, penghala dll), reka bentuk web dsb.
• Kemahiran dalam pengurusan server, reka
• bentuk rangkaian & keselamatan dan penyelesaian masalah.
• Kemahiran
membaiki dan penyelesaian masalah (perkakasan & perisian
5 Minggu (25 hari) Significant Technologies Sdn. Bhd. (SigTech)
57 4. Juruteknik Fiber Optik Kemahiran dalam pengendalian kabel fiber optik dan rangkaian.
2 Minggu (10 hair) Significant Technologies Sdn. Bhd. (SigTech)
51 5. Pengurusan & Operasi Halal Pengetahuan tentang pengurusan
pengsijilan halal Malaysia.
2 Minggu (10 hari) Significant Technologies Sdn. Bhd. (SigTech)
49 6. Adobe Photoshop,
Animation &
Microsof Office
Pengetahuan & kemahiran reka bentuk menggunakan
perisian Adobe Photoshop &
Microsoft Office
3 Minggu (15 hari) Significant Technologies Sdn. Bhd. (SigTech)
32 7. Industri Maritim/
Perkapalan
Pengetahuan & kemahiran dalam bidang marin/perkapalan laut dalam 4 Minggu (30 hari) Myous Maritime Sdn. Bhd.
45 8. Jahitan Pakaian Lelaki dan Wanita Pengetahuan dan kemahiran jahitan pakaian lelaki dan wanita 12 Minggu (3 bulan)
Akademik Jahitan
Kamsiah
60 9. Percetakan Segera (Flash
Stamp Printing)
Pengetahun dan kemahiran keusahawan dalam bidang percetakan segera 3 hari ANQR Flash Stamp Agency Sdn.
Bhd.
134 10. Pendidikan Awal KanakKanak
Pengetahun dan kemahiran pengurusan pusat pendidikan awal kanak-kanak 4 Minggu (1 bulan) Pro-Intellect Consultancy Sdn. Bhd.
85 BIL KURSUS PENGETAHUAN / KEMAHIRAN TEMPOH PENYEDIA LATIHAN JUMLAH PESERTA 11. Keusahawanan Perkhidmatan
Perakaunan
Pengetahuan dan kemahiran keusahawanan dalam bidang perakaunan 1 Minggu (5 hari)
A. Razak & Co 60 12. Penternakan Pengetahuan dan kemahiran keusahawanan dalam bidang penternakan lembu, kambing, ayam, itik, burung
puyuh
1 Minggu (6 hari)
Akademik MJ Fatonah Sdn. Bhd.
155 13. Bakeri Pengetahuan dan kemahiran keusahawanan dalam bidang bakeri ; kek, roti & pastri
1 Bulan (30 hari) My Chef Enterprise
Sdn Bhd
60 14. Kerjaya Mutawwif Pengetahuan dalam kerjaya sebagai Konsultan, Mutawwif Umrah dan Haji
5 Hari AMTC Services Sdn
Bhd
85 15. Kemahiran Teknikal
Komputer,
Keusahawanan
& Tenaga
Pengajar
Microsoft
Pengetahuan dalam keusahawanan, kemahiran teknikal IT & pembangunan kendiri
1 Bulan (30 Hari) Skali Community
Engangement Sdn Bhd
50 JUMLAH KESELURUHAN 2013 1047