Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)

33) PENGANGGURAN DI KALANGAN BELIA

Tahun: 2022

Sesi: 1

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Najwan Bin Halimi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah usaha Kerajaan Negeri untuk membantu golongan belia yang gagal mendapatkan pekerjaan?

    Kerajaan Negeri dalam usaha membantu menyelesaikan masalah golongan belia yang gagal mendapat pekerjaan adalah dengan melaksanakan program berikut:

    i. Melaksanakan Program Karnival Kerjaya – Jelajah Selangor Bekerja

    Kerajaan Negeri di bawah Exco Generasi Muda, Sukan & Modal Insan telah melaksanakan Program Karnival Kerjaya – Jelajah Selangor Bekerja yang merupakan satu medium interaksi yang proaktif di antara pemohon pekerjaan dengan pihak industri dalam menyediakan peluang pekerjaan berdasarkan kelayakan, personaliti dan minat. Program ini juga akan membantu syarikat atau industri yang memerlukan tenaga kerja warga tempatan dan sekaligus dapat mengatasi kadar pengangguran negeri Selangor berikutan kadar kehilangan pekerjaan yang semakin meningkat disebabkan pandemik covid-19.

    Pada tahun 2021, sebanyak enam (6) siri program Karnival Kerjaya telah berjaya dilaksanakan. Penganjuran program ini di lokasi yang berbeza adalah bertujuan untuk memudahkan pemohon di kawasan berdekatan hadir ke program tersebut dengan penglibatan industri-industri di kawasan sekitar. Tarikh dan lokasi program seperti berikut:

    Manakala pada tahun 2022, Program Karnival Kerjaya akan dilaksanakan secara MEGA bagi membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada pencari kerja di Negeri Selangor dengan sasaran sebanyak 25,000 peluang pekerjaan;

    ii. Program Selangor Kerjaya

    Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) MBI juga telah mengadakan satu inisiatif baharu iaitu Program Selangor Kerjaya yang menyediakan peluang pekerjaan eksklusif untuk warga Selangor. Program ini menawarkan peluang pekerjaan melalui pemadanan kerjaya yang berkesan dan pemohon perlu mendaftar dengan melayari laman web www.selangorkerjaya.com.my.

    Kemudahan laman web ini diberi secara percuma kepada majikan yang mahu mengiklankan jawatan kosong. Manakala calon pemohon akan melalui penilaian profil serta pemadanan kerjaya tertakluk kepada pekerjaan yang diiklankan dan pemilihan tersebut akan dilakukan oleh majikan yang berdaftar sebelum penempatan kerja sebenar berlaku. Setelah penempatan kerja berlaku, calon juga boleh mendapatkan latihan-latihan profesional dan akses pembelajaran atas talian.

    iii. Program Inisiatif Roda Darul Ehsan (RiDE)

    Program Inisiatif Roda Darul Ehsan (RiDE) merupakan satu program kerjasama dengan syarikat-syarikat ‘e-hailing’ seperti GRAB, Food Panda atau DEGO yang bakal memberi peluang pekerjaan di dalam ‘gig ekonomi’ kepada hampir 3,000 anak muda di seluruh Selangor. Program ini juga dijangkakan dapat membantu syarikat-syarikat yang memerlukan tenaga kerja di kalangan warga tempatan.

  2. Sejauhmanakah keberkasanan program karnival kerjaya yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri?

    Keberkesanan pelaksanaan Program Karnival Kerjaya diukur melalui usaha Kerajaan Selangor dalam menyediakan platform serta ruang kepada masyarakat untuk mendapatkan pekerjaan, sekaligus mengatasi kadar pengangguran di Selangor selaras dengan permintaan yang tinggi dan sambutan yang menggalakkan berikutan kadar kehilangan pekerjaan disebabkan pandemik covid-19.

    Pada tahun 2021 sebanyak enam (6) siri Karnival Kerjaya – Selangor Bekerja telah berjaya dilaksanakan di lima (5) lokasi berbeza iaitu Shah Alam, Kuala Selangor, Kuala Kubu Bharu, Hulu Langat dan Sungai Buluh. Penganjuran program ini telah menyediakan ruang dan maklumat pekerjaan kepada masyarakat di daerah dan kawasan sekitar yang berdekatan khususnya bagi golongan belia bertujuan untuk memudahkan pencari kerja hadir ke program tersebut.

    Kehadiran pencari kerja yang berdaftar adalah seramai 2,726 orang di mana ia dilaksanakan mengikut keluasan tempat dan mematuhi Tatacara Pengendalian Piawaian (SOP) secara ketat yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara Negeri Selangor (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Manakala jumlah yang berjaya dalam sesi temuduga dan mendapat pekerjaan adalah seperti Jadual berikut:

    Pada tahun 2022, program Selangor Bekerja ini akan diteruskan dalam skala Mega yang akan membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada pencari kerja di Negeri Selangor dengan sasaran 25,000 peluang pekerjaan ditawarkan.

Lampiran

Tiada Lampiran.