Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

174) PENGANGGURAN DAN PEMBERHENTIAN KERJA

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Pekerjaan

Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah pekerja yang diberhentikan akibat penutupan kilang dalam Jan - Jun tahun 2016 di Negeri Selangor?

    Bagi tempoh Januari hingga Jun 2016, Jabatan Tenaga Kerja Negeri Selangor telah merekodkan pemberhentian pekerja seramai 1,156 orang. Daripada jumlah ini seramai 784 orang adalah Pemberhentian Biasa dan seramai 372 orang adalah pemberhentian secara VSS.

  2. Adakah Kerajaan mewujudkan tabung kebajikan untuk membantu pekerja yang diberhentikan dalam kes a) tersebut?

    Pada masa ini pihak Kerajaan tidak mewujudkan sebarang tabung kebajikan untuk membantu pekerja yang diberhentikan akibat penutupan kilang. Namun begitu, Kerajaan Negeri melaksanakan Program Kerjaya berbentuk Karnival yang telah diadakan di semua daerah di Negeri Selangor dan satu Program Karnival Kerjaya (Job Fair 2016 secara besar-besaran) di bawah Jawatankuasa Tetap Pembangunan Modal Insan dengan mengadakan temuduga terbuka (walk in interview) oleh syarikat-syarikat yang memerlukan pekerja.

    Selain itu, Kerajaan juga turut menganjurkan kursus dan latihan keusahawanan untuk belia bagi memberi pendedahan mengenai peluang-peluang perniagaan yang boleh diceburi serta maklumat-maklumat bantuan kewangan

  3. Apakah kadar pengangguran di kalangan graduan lepasan UNISEL dan KUIS ?

    Pada tahun 2015 sebanyak 82.9% graduan KUIS telah mula bekerja sebelum Majlis Konvokesyen. Dapatan ini melalui Kajian Pengesanan Graduan (Tracer Study) yang dilaksanakan oleh pihak Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) melalui Bahagian Pembangunan Mahasiswa KUIS.

    Manakala bagi graduan UNISEL pula tidak dapat dinyatakan kerana pada masa ini data tentang pengangguran di kalangan graduan UNISEL tidak dapat diperolehi kerana data yang berada dalam sistem Kementerian Pendidikan Malaysia adalah data yang dimasukkan oleh graduan untuk berkonvo sahaja.

Lampiran

Tiada Lampiran.