Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

18 Mac 2019 - 25 Mac 2019

160) PENGANGGURAN DAN PELUANG PEKERJAAN

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Pekerjaan

Adun: Y.B. Puan Juwairiya Binti Zulkifli

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah kadar pengangguran di Negeri Selangor?

    1. Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Bukit Melawati yang mengemukakan pertanyaan.

     

    Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat dan Dewan yang mulia ini, berdasarkan Survei Tenaga Buruh, kadar pengangguran bagi negeri Selangor pada 2017 adalah 2.8 peratus. Kadar pengangguran bagi negeri Selangor pada 2016 dan 2017 adalah seperti di Jadual 1.

    Jadual 1: Kadar pengangguran bagi negeri Selangor, Malaysia, 2016 dan 2017

     

    (%)

     

      2016   2017  
             
    Malaysia 3.4   3.4  
         
             
    Selangor 3.2   2.8  
         
             

     

    Sumber: Survei Tenaga Buruh, Jabatan Perangkaan Malaysia

     

    MAKLUMAT TAMBAHAN

    1. Statistik tenaga buruh, guna tenaga dan pengangguran diperoleh daripada Survei Tenaga Buruh (STB) dan merujuk kepada penduduk yang berumur 15-64 tahun semasa minggu rujukan.

     

    1. STB merupakan kajian sampel berkebarangkalian yang dilaksanakan melalui pendekatan isi rumah untuk mendapatkan maklumat anggaran tenaga buruh dan pengangguran peringkat penduduk. Kajian ini dilaksanakan mengikut piawaian yang ditetapkan badan antarabangsa iaitu International Labour Organization (ILO) yang diguna pakai oleh kebanyakan negara.

     

    1. Kadar pengangguran ialah perkadaran penduduk yang menganggur kepada jumlah penduduk dalam tenaga buruh.

     

  2. Apakah langkah Kerajaan Negeri dalam membuka lebih peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan dan mengurangkan kadar pengangguran di negeri ini?

    Kerajaan Negeri Selangor telah mengambil inisiatif dalam menganjurkan program – program tersebut dalam membuka lebih peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan dan mengurangkan kadar pengangguran di negeri ini seperti berikut:

     

    1. Program Karnival Kerjaya – Selangor Job Fair

     

    Program Karnival Kerjaya – Selangor Job Fair adalah kerjasama dengan Jabatan Tenaga Kerja Selangor (JTK) dan Job Malaysia iaitu sebuah program yang memberi peluang kepada rakyat Selangor bagi mendapatkan pekerjaan. Program ini telah diperkenalkan sejak tahun 2014 dan telah dilaksanakan sebanyak dua (2) siri pada tahun 2018. Selangor Job Fair siri I telah diadakan pada 4 Ogos 2018 bertempat di Shah Alam Convention Centre, Shah Alam. Seramai 5,359 pencari kerja berdaftar telah hadir dan daripada jumlah tersebut seramai 3,177 calon (59.28%) telah berjaya mendapat pekerjaan daripada majikan yang terlibat. Manakala Selangor Job Fair siri II telah diadakan di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) pada 15 Disember 2018 telah mencatat kehadiran 1,695 pencari kerja berdaftar dan seramai 309 calon (18.23%) telah mendapat tawaran pekerjaan daripada program ini.

     

     

     

    1. Program Latihan Rangsangan Kerjaya Rakyat Selangor (RKRS)

     

    Program Latihan Rangsangan Kerjaya Rakyat Selangor (RKRS) iaitu sebuah program latihan keusahawanan dalam melalui kursus dalam bidang – bidang seperti berikut:

     

    • Kursus Keusahawanan Penternakan (Ruminan & Unggas)

     

    • Kursus Pemantapan Pemantauan Keusahawanan

     

    • Kursus Percetakan Segera Pentauliahan Sijil SKM Tahap 3: Peserta Urutan Selepas Bersalin

     

    • Kursus Keusahawanan Penternakan

     

    • (Makanan ternakan dan Rancangan Perniagaan)

     

    • Kursus Soft Skills Usahawan Penternakan & Pengurusan Kewangan (Online)

     

    • Kursus Keusahawanan Penternakan (Sembelihan Halal & Penyediaan Makanan (BBQ)

     

    • Mobile Service Aircond

     

    • Cuci Kasut

     

    • Mobile Barber

     

    • Ayam Gunting

     

    • Terapi Bekam

     

    • Bakery

     

    • Mobile Spa

     

    • Dekorasi Pelamin

     

    • Kiosk Sate

     

    Program ini yang diberikan secara percuma merangkumi beberapa kategori iaitu belia, suri rumah, pesara dan ibu tunggal. Pada tahun 2011 hingga 2018, terdapat 3,248 orang peserta yang telah terpilih untuk menyertai Program Latihan Rangsangan Kerjaya Rakyat Selangor (RKRS). Daripada jumlah tersebut, seramai 2,436 orang peserta (75%) telah berjaya menjana pendapatan melalui program tersebut. Purata pendapatan bulanan mencatatkan jumlah tertinggi bagi purata pendapatan berjumlah RM500 – RM2,000 sebulan melalui 1,712 orang peserta (52.71%).

     

    • Program Inisiatif Kemahiran Teknikal & Ikhtisas Smart Selangor (IKTISASS)

     

    Pada  tahun  2018,  Program  Inisiatif  Kemahiran  Teknikal  dan  Ikhtisas  Smart

     

    Selangor (IKTISASS) telah diperkenalkan oleh YAB Dato’ Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali sewaktu Belanjawan 2018 Negeri

     

    Selangor. Pada tahun 2019, Kerajaan Negeri Selangor akan memberi pembiayaan kepada 1,000 belia Selangor dalam pelbagai bidang kemahiran berimpak tinggi. Program kemahiran ini menawarkan pelbagai latihan teknikal dan vokasional yang memberi fokus kepada lima bidang utama dalam industri iaitu sains hayat, elektrik dan elektronik, jentera dan peralatan, makanan dan minuman serta aeroangkasa. Program ini ditawarkan kepada belia Selangor dalam tempoh tertentu di mana setelah tamat program kemahiran ini, belia – belia ini akan diserapkan sebagai tenaga mahir di dalam pasaran industri – industri di Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.