Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008

22) PENGANGGURAN DAN AKTIVITI NEGERI SELANGOR

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Pekerjaan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Cheah Wing Yin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Dalam tempoh tahun 2004 ke 2007 beberapa kilang/usahawan pernah berpindah ke negara-negara lain. Berapakah kilang/perusahaan yang terlibat? Berapa pekerja yang hilang kerja? Berapa yang jaya cari kerja baru, dan berapa cepatnya?

    Dari tahun 2004-2007, Jabatan Tenaga Ke~a Selangor telah menerima laporan
    pemberhentian seperti berikut;

    Tahun Bil. Majikan Bil. Pekerja
    2004   105                   2,423
    2005   129                   2,528
    2006   191                    7,760
    2007   201                   6,392

    Sumber: Jabatan Tenaga Kerja Selangor (Kementerian Sumber Manusia)

     

  2. Apa langkah-Iangkah yang diambil oleh kerajaan Selangor untuk menolong yang hilang kerja mencari kerja baru, dan mendorong serta merangsang ekonomi?

    Bagi pihak Jabatan Tenaga Kerja Selangor, ada beberapa langkah yang telah
    dan sedang diambil untuk menolong dan mencari ke~a pada para pencari kerja
    iaitu;
    i. Karnival kerjaya;
    ii. Temu duga terbuka;
    iii. Ceramah kerjaya;
    iv. Dan membantu pencari kerja mendaftarkan diri dalam system Electronic
    Labour Exchange untuk mempermudah penjodohan kerja

  3. Betapa kesannya langkah kerajaan untuk mendorong aktiviti ekonomi? Jelaskan dengan angka statistik seperti nombor kilang/usahawan baru, bilangan pekerjaan baru yang dicipta, nilai pelaburan (dalam jumlah nilai ringgit)?

    Bagi tempoh tahun 2004 hingga 2007 sebanyak 1,303 projek perkilangan telah
    diluluskan di Selangor dengan nilai pelaburan berjumlah RM 31,062,183,797.
    Dari jumlah projek yang diluluskan ini, sebanyak 855 projek merupakan projek
    baru dengan jumlah pelaburan bernilai RM17,838,948,487. Sebanyak 63,467
    peluang pekerjaan telah diwujudkan.

Lampiran

Tiada Lampiran.