Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008
21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008
48) PENGANGGURAN BELlA
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Tuan Nik Nazmi Bin Nik Ahmad
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah kadar pengangguran belia di negeri Selangor dari tahun 2000 hingga 2008?
Buat masa ini tiada kajian atau pengumpulan datalmaklumat mengenai kadar
pengangguran khusus kepada golongan belia di Negeri Selangor. Pengumpulan
data/maklumat adalah dibuat secara keseluruhan golongan penganggur di negeri ini dan kebanyakan penganggur terdiri daripada golongan belia yang berumur 16 hingga 40 tahun. Berikut adalah kadar pengangguran dari tahun 2000-2007. -
Apakah langkah-Iangkah kerajaan negeri bagi mengatasi masalah ini dalam jangkamasa pendek dan jangka masa panjang
Antara langkah-Iangkahyang telah dan sedang diambil bagi menyertai masalah tersebut dalamjangka masa pendek dan panjang adalah seperti berikut:-
Jangka masa Pendek
i) Karnival Kerjaya.
Karnival ini diadakan untuk mempromosikan sistem pencarian kerja
melalui Electronic Labor Exchange ( ELX ) dan membantu pencari kerja
berdaftar.ii) Ceramah Kerjaya
Melalui ceramah ini, ia dapat menerangkan prosedur pencarian kerja
dengan tepat dan bersesuaian dengan pelajaran dan kemahiran yang
ada.iii) Temu duga Terbuka
Temu duga terbuka diadakan bagi membantu para penganggur
mendapat kerja dengan lebih cepat, berkesan dan bersesuaian dengan
kelayakan.Jangka masa Panjang
Kerajaan Negeri turut menjalinkan kerjasama dengan Kolej Inspen dalam
melaksanakan Program Pembangunan Insan Berkemahiran Teknikal
(PPIBT). Melalui program ini, para peserta khususnya golongan belia
Selangor yang tidak dapat melanjutkan pelajaran ke pengajian IPT
ditawarkan dengan pelbagai kursus kemahiranselama 6 bulan. Kursus ini
diwujudkan untuk membantu mereka dalam mendapatkan peluang
pekerjaan.Kursus ini juga ditawarkan kepada semua belia tanpa mengira kaum dan
dibiayai oleh pihak UPEN dan Yayasan Strategik Sosial. Pada tahun
2007, jumlah peserta asalah seramai 249 peserta dan bagi tahun 2008
adalah seramai 227 peserta. ( Sila rujuk Lampiran A dan Lampiran B ).