Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008

173) PENGANGGURAN

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Pekerjaan

Adun: Y.B. Tuan Amirudin Bin Shari

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah kadar terkini pengangguran di kalangan belia di negeri Selangor?

    Kadar pengangguran Negeri Selangor dianggarkan menurun dari 3.6% pada
    tahun 2006 kepada 3.4% pada tahun 2007. Perkembangan ini adalah
    disebabkan oleh adanya peluang-peluang pekerjaan yang semakin bertambah
    dan juga perkembangan ekonomi yang semakin pesat membangun khususnya
    dalam sektor perindustrian yang menyumbang kira-kira lebih 25 ribu orang
    setahun. Sehingga kini, dianggarkan 2 juta tenaga buruh di Negeri Selangor
    yang menyumbang 19.7% tenaga buruh negara.

  2. Apakah rancangan kerajaan negeri bagi menangani masalah pengangguran di kalangan belia ?

    Dalam menangani masalah pengangguran di Negeri Selangor, kerajaan negeri telah mengambil pendekatan memperkenalkan program kursus kemahiran kepada para belia di Negeri Selangor khususnya dalam bidang teknikal. Kursus-kursus kemahiran yang ditawarkan adalah bersesuaian dengan peluang-peluang pekerjaan yang ditawarkan. Salah satu Program Pembangunan Insan Berkemahiran Teknikal juga telah diiktiraf oleh Kementerian Sumber Manusia bagi menyediakan tenaga kerja terlatih. Sehingga 2007 seramai 101 peserta telah lulus dan 148 lagi dalam pengajian. Kerjasama dengan INSPENS juga dilaksanakan dengan menyediakan latihan kepada pelajar yang tercicir dan dilatih selama tiga bulan hingga satu tahun. Selain itu, kerajaan negerijuga turut menggalakkan para belia melibatkan diri dalam sektor pertanian dan keusahawanan yang mempunyai potensi luas dalam mencari sumber pendapatan yang lebih lumayan.

Lampiran

Tiada Lampiran.