Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009

201) PENGANGGURAN

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Pekerjaan

Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah jumlah pengangguran mengikut komposisi kaum di kalangan rakyat Negeri Selangor?

    Melalui data daripada Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Selangor, jumlah pemberhentian pekerja di Selangor daripada 1 Januari 2009 hingga 30 Oktober 2009 adalah seramai 5,439 orang yang terdiri daripada 4,003 pekerja tempatan manakala baki 1,436 adalah pekerja asing.

     

    Daripada 4,003 pekerja tempatan, seramai 2,117 adalah pekerja lelaki dan 1,886 adalah pekerja perempuan, manakala bagi 1,436 pekerja asing yang terlibat, 456 adalah pekerja lelaki dan 980 adalah pekerja wanita.

     

    Sektor pembuatan merekodkan jumlah tertinggi pemberhentian pekerja iaitu seramai 2,774 orang diikuti oleh sektor perkhidmatan seramai 792 orang. Berikut adalah statistik pemberhentian pekerja mengikut sektor :

     

    Pemberhentian Pekerja Di Negeri Selangor Mengikut Sektor Ekonomi

    BIL SEKTOR JUMLAH
    1. SEKTOR UTAMA

    Pertanian, Pemburuan dan Perhutanan

     

    5

      Perlombongan dan Kuari 48
      Jumlah Sektor Utama 53
    2. SEKTOR PERINDUSTRIAN Pembuatan  

    2774

      Pembinaan 219
      Jumlah Sektor Perindustrian 2,993
    3. SEKTOR PERKHIDMATAN

    Bekalan Elektrik, Gas dan Bekalan Air

    Perdagangan Borong dan Runcit, Kenderaan Bermotor, Motosikal,

    Barangan Persendirian, Isi Rumah

    Hotel dan Restoran

    Pengangkutan, Penyimpanan dan Komunikasi

    Kewangan

     

    150

    363

    48

    193

    15

      Aktiviti Hartanah, Penyewaan dan Perniagaan 739
      Jumlah Perkhidmatan 1,508
    4. PERKHIDMATAN LAIN

    Pentadbiran dan Pertahanan Awam, Keselamatan dan Sosial Wajib

    Kesihatan dan Kerja Sosial

     

    90

    3

      Aktiviti Perkhidmatan Komuniti, Sosial dan Persendirian Lain 792
      Jumlah Perkhidmatan Lain 885
      JUMLAH 5,439

    Sumber: Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Selangor

     

    Walau bagaimanapun, jumlah pemberhentian ini tidak dapat dikategorikan mengikut komposisi kaum, melainkan dikategorikan mengikut sektor sahaja.

  2. Apakah langkah-langkah yang telah diambil bagi mengurangkan kadar pengangguran di Negeri Selangor pada masa kini?

    Antara langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri dalam mengurangkan kadar pengangguran di Negeri Selangor ialah dengan membangunkan Selangor Retrenchment Helpline (SRH) , hasil kerjasama Pusat Teknologi, Maklumat dan Komunikasi (ICT) Negeri Selangor dengan syarikat Jobstreet.Com Sdn. Bhd (Jobstreet). Ia bertujuan untuk mengumpul maklumat pekerja yang diberhentikan di negeri Selangor dan dalam pada masa yang sama membantu pekerja tersebut mendapatkan peluang-peluang kerjaya yang baru melalui penyuaipadanan (match-making) dengan syarikat-syarikat sedia ada yang berdaftar dengan Jobstreet.

     

    Melalui sistem ini, pekerja yang diberhentikan boleh mendaftar dengan percuma melalui laman web www.selangor.gov.my.  Kata laluan dan kata kunci (password) akan diberi bagi memudahkan penggunaan sistem tersebut di manamana tempat yang mempunyai jaringan internat. Setelah pendaftaran dilakukan, sistem akan menapis (filtering) maklumat yang diterima dan akan dipadankan (match-make) dengan kekosongan jawatan di dalam syarikat-syarikat yang telah sedia ada berdaftar. Tawaran kekosongan jawatan tersebut akan dibuat melalui e-mel pengguna dan sistem pesanan ringkas (SMS) berdasarkan maklumat yang dikemukakan oleh pengguna.

     

    Selain itu,  menerusi program ini, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Lembaga Zakat Selangor (LZS) turut menawarkan bantuan menerusi program sedia ada kepada mereka yang benar-benar layak. Antara bentuk bantuan yang boleh diberikan termasuklah bantuan kewangan bulanan, bantuan kewangan rawatan,  bantuan sewa rumah dan bantuan pendidikan anak-anak. Mereka yang layak akan diberi bantuan mengikut kadar sedia ada serta pemantauan dalam tempoh masa enam (6) bulan.

     

    Kerajaan Negeri turut menawarkan peluang latihan kepada pekerja yang diberhentikan atau yang berkemungkinan diberhentikan melalui institusi –institusi latihan di Negeri Selangor yang telah mendapat pengiktirafan dan pentauliahan daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia, sebuah agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia. Kos latihan akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Sumber Manusia yang akan mengambil masa satu (1) hingga enam (6) bulan mengikut modul kursus. Di samping itu, para pelatih juga akan turut diberi elaun minima sebanyak RM500.00 hingga maksimum RM800.00 sebulan bergantung kepada kelayakan status sama ada bujang ataupun telah berkahwin bagi meringankan beban menjalani kehidupan seharian. Dengan latihan yang diberikan ini membolehkan mereka diserap ke sektor yang masih memerlukan pekerja seperti sektor pelancongan, perhotelan dan perladangan. Ia juga dilihat antara langkah yang dapat mengurangkan kos operasi majikan yang terlibat sekali gus mengelakkan kemungkinan pekerja-pekerja diberhentikan.

     

    Selain itu, Kerajaan Negeri di bawah Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan yang dipengerusikan oleh YB Puan Dr. Halimah Binti Ali dengan kerjasama Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Negeri Selangor akan melaksanakan Program Jom Kerja di seluruh daerah di negeri Selangor dengan lokasi pertama ialah di Sekinchan, Selangor pada 7 – 8 November 2009.

    Melalui program ini, syarikat-syarikat yang berminat akan mendaftar dengan pihak JTK Selangor dan menyertai program ini dengan mengadakan walk-in interview. Selain membantu menyediakan peluang kerjaya kepada masyarakat di Negeri Selangor khusus terhadap golongan belia dan ibu tunggal ia juga dapat membantu Kerajaan Negeri Selangor dalam usaha meminimumkan gejala sosial di Negeri Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.