Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

239) PENGANGGURAN

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Pekerjaan

Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah punca-punca pengangguran?

    Berdasarkan maklum balas daripada beberapa jabatan dan agensi seperti Jabatan Tenaga Kerja (JTK), Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri (SPN), Selangor Human Resource Develepment Centre (SHRDC) dan Jobstreet.com, diperhatikan bahawa antara punca-punca pengangguran adalah:

     

    • permintaan gaji yang tinggi (unrealistic);
    • penguasaan Bahasa Inggeris yang lemah;
    • terlalu memilih pekerjaan dan syarikat;
    • kurang kemahiran berkomunikasi; dan
    • karakter, sikap dan personaliti graduan yang

     

  2. Apakah Kerajaan Negeri mempunyai program menangani masalah tersebut?

    Antara program yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri untuk menangani masalah pengangguran adalah:

     

    • Melaksanakan Program Pembangunan Bakat dengan kerjasama Selangor Human Resource Develepment Centre (SHRDC) yang dikenali sebagai Program YES : Youth Enhancement Strategy Selangor (Program Strategi Peningkatan Kemahiran Belia Selangor) dan Program Internship High Impact Talent (i-HIT). Program YES disasarkan kepada belia dan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang tidak berjaya ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) untuk diberi peluang menjalani latihan persijilan bagi melahirkan tenaga kerja berkemahiran untuk memenuhi keperluan industri. Program i-HIT pula disasarkan kepada pelajar UNISEL, KUIS dan INPENS dengan memberi peluang kepada pelajar-pelajar mendapat latihan tambahan subjek-subjek yang strategik yang diperlukan industri. Pelajar-pelajar akan dipilih oleh industri sebelum memasuki program dan seterusnya mendapat tawaran pekerjaan secara langsung. Fokus utama kedua- dua program ini adalah untuk menyediakan perkhidmatan kepada peserta dalam mencari peluang kerjaya dengan lebih

     

    • Program Kerjaya – Jom Kerja berbentuk Karnival yang telah  diadakan di semua daerah di Negeri Selangor dengan mengadakan temu duga terbuka (walk in interview) oleh syarikat-syarikat yang memerlukan

     

    • Program Latihan Rangsangan Kerjaya Rakyat Selangor (RKRS) bertujuan untuk membantu para siswazah dan rakyat Selangor yang masih belum mendapat pekerjaan dalam meningkatkan pengetahuan dan keupayaan diri mereka melalui penyediaan latihan sama ada dalam bentuk kemahiran umum (softskill) atau kemahiran teknikal sebagai contoh bidang keusahawanan seperti penternakan, bakeri, percetakan segera, jahitan pakaian, mutawwif, rawatan wanita selepas bersalin, jurubekam klinikal bertauliah, penjagaan awal kanak-kanak, makanan ringan (cendol dan laksa), penyelenggaraan penyaman udara, penyelenggaraan motosikal, kesetiausahaan, pemasaran internet dan kontraktor binaan kecil-kecilan. Peserta terdiri daripada suri rumah, pesara, belia dan ibu

     

    Menganjurkan kursus dan latihan keusahawanan untuk belia bagi memberi pendedahan mengenai peluang-peluang perniagaan yang boleh diceburi serta maklumat-maklumat kewangan

Lampiran

Tiada Lampiran.