Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

16 Mac 2020 - 17 Mac 2020

160) PENGANGGURAN

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Pekerjaan

Adun: Y.B. Tuan Zakaria Bin Hanafi

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan kadar pengangguran golongan belia di Selangor mengikut daerah.

    Sasaran Kerajaan Negeri tahun 2019 adalah untuk menurunkan kadar pengangguran kepada 2.5%. Untuk pengetahuan YB, kadar pengangguran di Negeri Selangor telah menurun seperti Jadual 1 di bawah:

    Jadual 1 : Kadar pengangguran di Selangor untuk tahun 2017 hingga 2018 dan Suku Tahun Keempat 2019

    Sumber: Survei Tenaga Buruh, 2017-2019, Jabatan Perangkaan Malaysia

    Kejayaan ini adalah hasil kesungguhan Kerajaan Negeri untuk memberi peluang pekerjaan yang berkualiti kepada rakyat Selangor. Namun demikian, kadar pengangguran belia di Selangor mengikut daerah masih dalam peringkat kajian.


    Nota :

    1. Belia mengikut definisi Dasar Belia Malaysia (DBM) ialah penduduk dalam kumpulan umur 15 hingga 30 tahun.
    2. Statistik pengangguran di Selangor, suku tahun keempat, 2019 tidak pernah diterbitkan dan perlu diguna dan ditasfir dengan berhati-hati.

    Maklumat tambahan:

    1. Statistik tenaga buruh, guna tenaga dan pengangguran diperoleh daripada Survei Tenaga Buruh (STB) dan merujuk kepada penduduk yang berumur 15-64 tahun semasa minggu rujukan.
    2. STB merupakan kajian sampel berkebarangkalian yang dilaksanakan melalui pendekatan isi rumah untuk mendapatkan maklumat anggaran tenaga buruh dan pengangguran peringkat penduduk. Kajian ini dilaksanakan mengikut piawaian yang ditetapkan badan antarabangsa iaitu International Labour Organization (ILO) yang diguna pakai oleh kebanyakan negara.
    3. Menganggur merujuk kepada mereka yang berada dalam tenaga buruh yang tidak bekerja semasa minggu rujukan tetapi bersedia untuk bekerja atau mencari kerja dalam minggu rujukan.
    4. Kadar pengangguran ialah perkadaran penduduk yang menganggur kepada jumlah penduduk dalam tenaga buruh.
    5. Belia mengikut definisi Dasar Belia Malaysia (DBM) ialah penduduk dalam kumpulan umur 15 hingga 30 tahun.
  2. Apakah program sepanjang tahun 2019 yang telah dilakukan oleh Kerajaan Negeri untuk memberi peluang kepada golongan belia mencari kerja?

    Sasaran Kerajaan Negeri untuk memberi fokus kepada Program Selangor Job Fair pada tahun 2020 dan untuk menurunkan sebanyak mungkin lagi kadar  pengangguran negeri, iaitu melalui;

    1. menghimpunkan syarikat – syarikat yang menawarkan peluang pekerjaan lebih-lebih lagi syarikat yang menawarkan pekerjaan berasaskan ‘Gig ekonomi’. Melalui program Inisiatif Roda Darul Ehsan (RiDE) yang diperkenalkan oleh YAB Dato’ MB pada sidang Belanjawan #Selangor 2020, Kerajaan Negeri bercadang untuk mengadakan kerjasama dengan syarikat-syarikat ‘e-hailing’ seperti GRAB, FoodPanda atau DEGO yang bakal memberi peluang pekerjaan di dalam ‘gig ekonomi’ kepada hampir 3,000 anak muda di seluruh Selangor terutama golongan yang layak. Ia juga dapat membantu syarikat-syarikat yang memerlukan tenaga kerja khususnya di tahap kritikal dengan mendahulukan penglibatan di kalangan warga tempatan;
    2. melaksana dan merancang beberapa siri program Selangor Job Fair dalam bentuk skala besar iaitu Selangor Mega Job Fair dan pelaksanaan Jelajah Karnival Kerjaya Selangor di Peringkat daerah atau DUN yang dikenal pasti; dan
    3.  pihak kerajaan akan mengadakan jaringan kerjasama dengan pelbagai pihak seperti Jabatan Tenaga Kerja dan PERKESO untuk melaksanakan program – program bagi memastikan kadar penganguran dapat kurangkan lagi dan kebolehpasaran belia atau graduan dapat dipertingkatkan.

     

    Selain itu, Kerajaan Negeri sentiasa berusaha dan merancang untuk menyediakan program yang relevan bagi melahirkan tenaga kerja yang berkualiti dalam menempuh cabaran menghadapi revolusi industri 4.0.

    JABATAN TENAGA KERJA NEGERI SELANGOR

    Berdasarkan data Jabatan ini, program yang telah dijalankan oleh JobsMalaysia bersama Kerajaan Negeri pada tahun 2019 adalah seperti berikut:

Lampiran

Tiada Lampiran.