Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

18 Mac 2019 - 25 Mac 2019

267) PENGAMBILAN TANAH UNTUK PROJEK TALIAN PENGHANTARAN 500KV LOJI JANAKUASA TADMAX DI PULAU INDAH KE PMU OLAK LEMPIT

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Difahamkan Kerajaan Negeri telah meluluskan permohonan pengambilan tanah untuk ini. Sebahagian tanah yang terlibat terletak di Kampung Pulau, DUN Banting. Apakah rasional kerajaan meluluskan permohonan ini?

    Pengambilan tanah bagi cadangan Projek Pembinaan Talian Penghantaran Elektrik 500KV dari Tapak Projek Loji Jana kuasa Kitarpadu Gas di Pulau Indah ke PMU Olak Lempit, Daerah Kuala Langat telah diwartakan di bawah Seksyen 4 Akta Pengambilan Tanah 1960 pada 30hb Ogos 2018 dan melibatkan 145 lot. Pewartaan di bawah peruntukan ini bertujuan untuk membolehkan agensi pemohon memasuki tanah bagi memeriksa dan menjalankan kerja-kerja ukur. Pewartaan ini akan luput sekiranya tiada pewartaan bagi tujuan pengambilan di bawah Seksyen 8 Akta Pengambilan Tanah 1960 dilakukan dalam tempoh 12 bulan dari tarikh penyiaran warta ini.

  2. Adakah pengambilan tanah akan diteruskan sekiranya pembinaan loji janakuasa ini dibatalkan?

    Sekiranya cadangan projek ini dibatalkan, tiada keperluan untuk meneruskan proses pengambilan tanah.

Lampiran

Tiada Lampiran.