Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017
100) PENGAMBILAN TANAH BAGI TAPAK MASJID KAMPUNG MELAYU SUNGAI BULOH MUKIM BATU DAERAH GOMBAK
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah status penilaian oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta bagi tanah tersebut?
Pihak Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS) telah mendapatkan penilaian awal tanah bagi tapak Masjid Kampung Melayu Sungai Buloh daripada Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) pada tahun 2016. Nilaian tanah menurut JPPH adalah berjumlah RM695,353.40.
-
Apakah Pejabat Daerah Tanah Gombak telah menerima permohonan pengambilan dari JAIS?
Sehingga kini, pihak JAIS masih dalam proses melantik jurukur bertauliah untuk penyediaan pelan pengambilan. Setelah proses ini selesai, barulah pihak JAIS akan mengemukakan permohonan pengambilan ke Pejabat Daerah Tanah Gombak untuk diproses dengan kos penilaian oleh JPPH. JAIS juga perlu mendapat pengesahan peruntukan daripada Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) untuk memastikan peruntukan mencukupi bagi tujuan pengambilan tanah.