Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017
270) PENGAMBILALIHAN SEMULA TANAH SYARIKAT SWASTA
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah status terkini pengambilalihan tanah oleh Kerajaan Negeri terhadap Syarikat LBCN Development Sdn. Bhd. dan Mujur Zaman Sdn. Bhd. di Daerah Kuala Selangor?
Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri telah melaksanakan tindakan pengambilan tanah di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960 melibatkan 7 daripada 8 hak milik ke atas projek Alam Perdana di bawah Syarikat LBCN Development Sdn Bhd bagi menyelesaikan projek terbengkalai sebanyak 4,461 unit yang terdiri daripada 1,318 unit rumah teres 1 & 2 tingkat dan 2,500 unit rumah kos rendah. Pada 3 November 2011, Borang K iaitu Notis bahawa tanah telah diambil milik secara rasmi di bawah seksyen 22 Akta Pengambilan Tanah 1960 telah dikeluarkan dan diwartakan sebagai Tanah Kerajaan pada 8 November 2011. Kerajaan Negeri juga telah melaksanakan tindakan perampasan tanah bagi 1 hak milik di Alam Perdana yang merupakan tapak bagi 643 lot banglo namun pihak LBCN Sdn Bhd telah memfailkan permohonan di Mahkamah bagi menghalang tanah tersebut daripada
Bagi projek Alam Mutiara di bawah Syarikat Mujur Zaman Sdn Bhd, tindakan pengambilan tanah tidak diteruskan memandangkan pihak Mujur Zaman Sdn. Bhd. telah memfailkan ke Mahkamah bagi menghalang pihak Kerajaan Negeri meneruskan tindakan pengambilan tanah bagi projek tersebut. Justeru itu, satu penyelesaian telah dibuat melalui resolusi rundingan alternatif (alternative resolution dispute) di Mahkamah di mana kesemua saman yang difailkan oleh kedua-kedua syarikat ini di Mahkamah telah pun ditarik balik oleh pihak-pihak tersebut. Kesemua pihak yang terlibat bersetuju dan akur terhadap satu penghakiman persetujuan di mana kesemua terma-terma persetujuan secara global (global settlement) telah direkodkan bagi dilaksanakan oleh pihak-pihak terlibat.
-
Berapakah jumlah keluasan tanah yang terlibat?
Untuk makluman Yang Berhormat, luas keseluruhan pengambilan tanah yang terlibat bagi 7 hak milik bagi projek Alam Perdana adalah berjumlah 1,077.28 ekar manakala proses pengambilan tanah bagi projek Alam Mutiara yang berkeluasan 1,774.54 ekar tidak diteruskan disebabkan terdapat kes yang difailkan oleh pihak Mujur Zaman Sdn Bhd di
-
Apakah manfaat yang diperolehi oleh Kerajaan Negeri dari pengambilalihan tanah ini?
Tindakan Kerajaan Negeri untuk memulakan tindakan pengambilan tanah terhadap hak milik-hak milik di bawah Tetuan LBCN Development Sdn Bhd telah membawa kepada satu penyelesaian secara holistik dan menyeluruh bagi keseluruhan pembangunan di Bandar Alam Perdana dan melibatkan tanah seluas 1,077.28 ekar. Melalui tindakan pengambilan dan proses mahkamah yang dilalui, Kerajaan Negeri telah berjaya menyelesaikan masalah projek perumahan yang telah diisytiharkan sebagai terbengkalai oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan sejak dari tahun 2006. Melalui tindakan pengambilan tersebut, Kerajaan Negeri telah melaksanakan pemberimilikan semula 7 hak milik tanah yang diambil kepada Menteri Besar Incorporated (MBI) bertujuan untuk melakukan pemulihan projek terbengkalai dan ini termasuk menguruskan proses tukar syarat tanah dan pengeluaran hak milik individu. Tindakan ini ternyata berjaya apabila pemulihan tersebut berjaya disiapkan dan memperolehi Sijil Layak Menduduki (CF) dan unit-unit rumah tersebut kemudiannya diserahkan kepada peneroka dan pembeli-pembeli rumah yang terlibat seramai 4,461 orang terdiri daripada 1,318 pembeli rumah teres 1 & 2 tingkat 2,500 pembeli rumah kos rendah serta 383 orang peneroka di mana mereka telah mendapat rumah sepertimana yang dijanjikan apabila penyerahan milikan kosong mula bermula daripada April 2014. Selain daripada itu juga melalui tindakan pengambilan dan proses mahkamah yang dilalui, Kerajaan Negeri dan pihak–pihak yang terlibat telah berjaya membuat penyelesaian secara holistik bagi segala permasalahan melibatkan peneroka dan pembeli-pembeli rumah bagi hak milik-hak milik bersebelahan yang dibangunkan oleh Tetuan Mujur Zaman Sdn Bhd melalui penghakiman persetujuan yang direkodkan bertarikh 17 Mei 2016 yang mana terma-terma penghakiman tersebut memberikan keadilan dan situasi menang-menang kepada semua pihak yang terlibat. Melalui penyelesaian secara holistik ini, seramai 712 orang peneroka bakal mendapat sebuah rumah dua tingkat berserta pampasan diberikan kepada setiap peneroka yang terlibat. Manakala pembangunan perumahan baru yang dibangunkan oleh pemaju baru di hak milik-hak milik tersebut akan menawarkan 11,709 unit rumah kepada pemilik baru di kawasan tersebut di mana daripada jumlah tersebut 4289 unit telah ditetapkan bagi Rumah Selangorku. Pembangunan
di kawasan tersebut juga akan turut dilengkapi dengan kemudahan awam seperti sekolah dan masjid serta kemudahan komersil seperti kedai dan kompleks perniagaan. Secara tidak langsung, sasaran Kerajaan Negeri untuk menyediakan rumah mampu milik kepada rakyat di Selangor adalah tercapai dan ini juga akan turut mendorong penjanaan ekonomi negeri selaras dengan pembangunan pesat pembangunan kawasan tersebut yang turut akan menarik perhatian peniaga dan pelabur untuk turut sama bersama-sama menyumbang kepada penjanaan pendapatan ekonomi negeri khususnya di kawasan tersebut.