Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008
21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008
30) PENGAMBILALIHAN SEKOLAH MENENGAH AGAMA JAIS OLEH KEMENTERIAN
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah faktor dan justifikasi yang menyebabkan JAIS dan Kerajaan Negeri Selangor terdahulu bersetuju untuk menyerahkan pentadbiran Sekolah Menengah Agama di bawah kendalian JAIS kepada Kementerian Pelajaran Malaysia?
Justifiksi yang menyebabkan JAIS dan kerajaan negeri terdahulu bersetuju
menyerahkan pentadbiran sekolah menengah agama kepada Kementerian
Pelajaran Malaysiaadalah:
i) Tanggungjawab pendidikan adalah tanggungjawab Kementeriam
Pendidikan.
ii) Belanja mengurus dan pembangunan pendidikan yang terus meningkat.
Kerajaan terdahulu bercadang mengalih tumpuan ke pendidikan asas
agama di Sekolah RendahAgama dan pra sekolah.
iii) Mendapattawaran bantuandari KementerianPendidikan.
iv) Memberi peluang yang lebih cerah kepada guru-guru mendapat latihan,
dilantik ke jawatan tetap dan peluang-peluang kenaikan pangkat yang lebih luas.
v) Memastikan kemudahan belajar yang lebih kondusif setaraf dengan
sekolah di KementerianPendidikan.
vi) Memastikansekolah mendapatper -
Apakah perbandingan prestasi pentadbiran sekolah, guru-guru dan keputusan peperiksaan pelajar-pelajar sebelum dan selepas pengambilalihan tersebut berlaku?
Belum ada perbezaan prestasi peperiksaan yang jelas yang dapat ditunjukkan
kerana operasi penuh sekolah menengah di bawah kementerian baru bermula
pada tahun 2007 yang lepas -
Apakah bentuk perjanjian yang telah dibuat dalam proses pengambilalihan ini? Adakah ia termasuk aset-aset milik kerajaan negeri atau pentadbiran sahaja? Mohon disenaraikan jumlah aset dan kos-kos yang terlibat
Tidak ada perjanjian yang telah dibuat dalam proses pengambilan SAN ini. Apa
yang ada adalah memorandum persefahaman (MOU) antara kerajaan negeri
yang diwakili oleh YAB Menteri Besar Selangor dan YB Setiausaha Kerajaan
Negeri serta Kementerian Pendidikan Malaysia yang diwakili oleh YB Menteri
Pelajaran dan Ketua Setiausaha Kementrian Pelajaran. Memorandum ini
melibatkan pentadbiran dan pengurusan sahaja tidak termasuk aset aset milik
kerajaan negeri.