Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

101) PENGALIRAN AIR DI DALAM LONGKANG-LONGKANG DAN PARIT-PARIT DI KAWASAN IJOK TIDAK BAIK, SEHINGGAKAN AIR BERTAKUNG

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapa kalikah dalam detain longkang-longkang dan parit-parit yang bermasalah dikorek oleh pihak bertanggung jawab?

    Bagi parit-parit di bawah seliaan JPS, pengorekan parit bermasalah biasa dilakukan sebanyak 1 ke 2 kali setahun mengikut keadaan parit serta peruntukan semasa yang diterima. Kekerapan pengorekan parit tanah akan mengakibatkan runtuhan tebing. Oleh yang demikian, pengorekan sebanyak 2 kali setahun adalah efisien. Kebanyakan parit di kawasan saliran Ijok juga sentiasa diselenggara melalui kerja tebasan yang dilaksanakan oleh pihak JKKK dengan kekerapan sebanyak 3 pusingan secara gotong royong dalam tempoh

  2. Adakah rancangan untuk baikpulih parit-parit dan longkang-longkang yang airnya tidak mengalir dengan betul oleh sebab kecerunan atau gradient yang tidak betul?

    Pada dasarnya, semua aliran air parit telah direkabentuk mengikut ‘compartment’ iaitu agihan kapasiti air (catchment) bagi sesebuah kawasan. Lebar dan kedalaman parit direka berdasarkan ‘catchment’ di kawasan tersebut. Kebiasannya apabila kerja pengorekan parit dilakukan, pihak JPS akan memastikan kecerunan parit tersebut mengikut rekabentuk asal untuk mengelakkan ‘back flow’ dari berlaku yang mana keadaan tersebut boleh mengakibatkan banjir apabila kapasiti air bertambah dari rekabentuk

Lampiran

Tiada Lampiran.