Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010

102) PENGAJIAN DI UNISEL

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah UNISEL berdikari dari segi kewangan atau mendapat peruntukan tahunan dari Kerajaan Negeri?

    UNISEL menanggung sendiri semua kos operasinya dan tidak mendapat apa-apa
    peruntukan dari Kerajaan Negeri. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri ada
    memberi geran untuk penyelidikan sebanyak RM1/2 juta untuk penyelidikan dalam
    bidang bioteknologi selaras dengan dasar Kerajaan untuk memajukan industri ini.

  2. Benarkah jumlah pelajar kini menurun berbanding dengan tahun sebelumnya?

    Bilangan pelajar ada menurun sedikit bila ramai pelajar peringkat diploma
    menamatkan pelajaran dan meninggalkan universiti. Walau bagaimanapun,
    pengambilan pelajar baru amat menggalakkan. Untuk sesi Jun 2010, seramai 2,425
    orang telah mendaftar, menjadikan jumlah pelajar yang aktif untuk sesi Jun 2010
    seramai 10,212 orang sehingga 29 Jun 2010.

  3. Apakah perancangan jangka pendek dan panjang bagi memajukan UNISEL?

    Untuk memajukan UNISEL, beberapa langkah telah diambil di antaranya :-
    i. Meningkatkan usaha pemasaran dengan mendekati sekolah-sekolah.
    Jabatan Pelajaran diperingkat daerah dan negeri, pengiklanan dan kerja-kerja
    komuniti.
    ii. Menambah bilangan pensyarah dan penyelidik yang berkelayakan.
    iii. Menjalin kerjasama pintar dengan kolej-kolej dan universiti di dalam dan luar
    negeri, serta industri.
    iv. Meningkatkan kelayakan pensyarah-pensyarah hingga peringkat PhD.

Lampiran

Tiada Lampiran.